Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
‘Penyebaran fitnah berunsur kebencian tindakan terdesak parti lawan’
Published on: Monday, November 24, 2025
Published on: Mon, Nov 24, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
 ‘Penyebaran fitnah berunsur kebencian tindakan terdesak parti lawan’
NIZAM (tengah) ditemani Presiden LDP Datuk Chin Su Phin (tiga dari kiri) ketika menyantuni penyokong GRS di Kampung Wakuba Tawau.
TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyelar kempen budaya fitnah, memburuk-burukkan peribadi dan keturunan yang disifatkan tidak sesuai dengan adab serta budaya perpaduan orang Sabah.

Malah taktik menyebarkan fitnah berunsur kebencian juga disifatkan tindakan terdesak parti lawan yang disyaki dari luar Sabah kerana tidak mempunyai isu pembangunan untuk menentang rekod perkhidmatanya.

Advertisement
“Saya sudah mengarahkan peguam tampil membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang disebarkan dalam media sosial.

“Serangan politik terhadap saya amat janggal dan terkilan dengan fitnah yang cuba merosakan hubungan dengan komuniti,” katanya menegaskan tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang tular di media sosial.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Nizam berkata demikian ketika ditemui di Kampung Wakuba pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau menyatakan pendekatannya selama ini adalah menjalinkan hubungan akrab tanpa mengira kaum malah pendukung kuat Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) yang menghimpunkan pelbagai budaya.

Advertisement
“Saya menggesa pengundi supaya menilai dan menolak pemimpin yang ‘berlagak pandai’ walaupun ‘baru sehari dua’ berada di kawasan Apas.

“Ini kerana pemimpin seumpama itu hanya membawa huru-hara”, katanya.

Advertisement
Menyentuh mengenai perjalanan kempenya setakat ini beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Apas melahirkan rasa syukur atas sokongan kukuh warga Apas dan berharap dapat meningkatkan majoriti undinya pada pilihan raya kali ini.

Tambahnya rakyat sendiri boleh menilai komitmen beliau selama bertugas sebagai wakil rakyat di Dun Apas apabila berkhidmat sepanjang masa dan bukannya hanya muncul lima tahun sekali pada musim pilihan raya.

“Kita jamin jika mendapat mandat sekali lagi keharmonian penduduk dan kesinambungan agenda pembangunan di bawah Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 akan dilanjutkan kepada SMJ 2.0 demi manfaat bersama,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here