Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
AED, tindakan pantas berjaya selamatkan pemain pickleball
Published on: Tuesday, March 10, 2026
Published on: Tue, Mar 10, 2026
Text Size:
Text:
AED, tindakan pantas berjaya selamatkan pemain pickleball
MANGSA yang rebah dengan peranti AED kelihatan. 
Kota Kinabalu: Seorang pemain pickleball yang baru-baru ini rebah dan tidak sedarkan diri selepas perlawanan di Kolombong Infinity Sport Arena berjaya diselamatkan hasil kewujudan Automated External Defibrillator (AED) dan tindakan pantas pasukan Lions Ambulance.

Pemain itu pengsan sejurus selepas tamat permainan, menyebabkan orang ramai di lokasi bergegas memberi bantuan.

Advertisement
Pemilik arena Kelvin Chai mengambil sebuah AED yang sebelum ini dipasang di kemudahan terbabit oleh Lions Club of Kota Kinabalu Vintage manakala individu lain menghubungi Lions Ambulance.

Pasukan paramedik tiba kira-kira 10 minit kemudian, mengambil alih tindakan kecemasan dan membawa pemain berkenaan ke hospital untuk rawatan lanjut.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Doktor kemudian memaklumkan bahawa kewujudan AED serta tindak balas pantas itu membantu mengelakkan keadaan yang lebih serius.

Peranti AED itu dipasang menerusi Projek Komuniti Lions AED yang diterajui Presiden Lions Club of Kota Kinabalu Vintage, Harry Vun, yang setakat ini menempatkan 16 unit di sekolah, venue sukan dan kawasan awam yang sibuk di Kota Kinabalu.

Advertisement
“Insiden ini jelas menunjukkan mengapa peranti AED perlu tersedia di tempat awam. Dalam kes serangan jantung mengejut, setiap minit boleh menentukan perbezaan antara hidup dan mati,” kata Vun.

Beliau berkata inisiatif itu dilancarkan bagi memastikan komuniti mempunyai akses kepada peralatan menyelamatkan nyawa sebelum pasukan perubatan tiba.

Advertisement
“Saya berharap insiden sebenar ini akan meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan AED dan menggalakkan lebih banyak organisasi serta individu menyokong usaha yang memperkukuh keselamatan komuniti,” tambahnya.

Vun turut menggesa orang ramai mempelajari kemahiran asas pertolongan cemas dan tidak teragak-agak untuk membantu ketika kecemasan, sambil menegaskan tindakan pantas dalam tempoh ‘golden rescue window’ mampu menyelamatkan nyawa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here