Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Tiga lelaki didakwa seludup, angkut migran
Published on: Saturday, March 28, 2026
Published on: Sat, Mar 28, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Tiga lelaki didakwa seludup, angkut migran
AZMAR (kanan) dan Mohammad Shariff (bertongkat) diiring keluar dari Mahkamah Tinggi.
TAWAU: Tiga lelaki tempatan masing-masing didakwa di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat, atas tuduhan menyeludup dan mengangkut migran warga Filipina serta Indonesia. 

Di Mahkamah Tinggi, Azmar Edward Dean Omar, 48, dan Mohammad Shariff Marican, 45, mengaku tidak bersalah menyeludup lapan wanita warga Filipina berusia antara 21 hingga 31 tahun. Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Advertisement
Kesalahan didakwa dilakukan antara kawasan Sungai Bilis, Kg Sungai Bilis dan tempat letak kenderaan hadapan Hospital Lahad Datu, pada 9 Ogos 2025 jam lebih kurang 11.30 malam hingga 10 Ogos 2025 sekitar jam 3 pagi.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Manusia 2007, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 April depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao. Azmar diwakili Jakariya Ab Jalil sementara Mohammad Shariff tidak diwakili.

Advertisement
Di Mahkamah Majistret, Japar Baraking, 68, didakwa mengangkut tujuh migran warga Indonesia, terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan tiga kanak-kanak berusia antara tiga hingga 52 tahun.

JAPAR diiring keluar dari Mahkamah Majistret.

Advertisement
Tertuduh didakwa mengangkut migran tersebut menggunakan keretanya di hadapan Terminal Feri Tawau Jalan Pasar pada 27 Februari 2026 sekitar jam 11 pagi.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum, yang menetapkan sebutan semula kes pada 9 April 2026 di Mahkamah Sesyen Tawau.

Japar, yang juga rakyat tempatan, tidak ditawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Dia didakwa di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan didenda tidak lebih RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa IPD Tawau, ASP Jeffrey Kadison, manakala tertuduh diwakili Jhesseny P. Kang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here