Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
PTI warga emas nafi bunuh lelaki di Beaufort
Published on: Saturday, March 28, 2026
Published on: Sat, Mar 28, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
PTI warga emas nafi bunuh lelaki di Beaufort
Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sebatan tidak kurang 12 kali bagi pesalah lelaki di bawah umur 50 tahun, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki Filipina tanpa dokumen berusia 72 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Beaufort dua tahun lalu.

Azizul Jamal, seorang penoreh getah, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Celestina Stuel Galid atas pertuduhan membunuh Joey Naberty, juga tanpa dokumen, berusia lingkungan 20-an.

Advertisement
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 20 Nov 2024 antara jam 3 petang hingga 4.20 petang di kawasan semak di Kampung Balibata, Jalan Binunuk, Beaufort.

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sebatan tidak kurang 12 kali bagi pesalah lelaki di bawah umur 50 tahun, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Celestina menetapkan 7 Mei untuk pengurusan kes dan memerintahkan tertuduh terus ditahan reman.

Tertuduh diperintahkan ditahan lanjut kerana pertuduhan terhadapnya merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani sementara tertuduh diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here