Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Warga emas didenda gagal perjelas tentang wang masuk dalam akaun
Published on: Wednesday, April 01, 2026
Published on: Wed, Apr 01, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Warga emas didenda gagal perjelas tentang wang masuk dalam akaun
Asan Beluar mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibuat di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (Sabah Cap 80).
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 65 tahun didenda keseluruhan RM100 oleh Mahkamah Majistret pada Selasa atas dua pertuduhan gagal memberikan penjelasan munasabah berhubung wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Asan Beluar mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibuat di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (Sabah Cap 80).

Advertisement
Mahkamah memerintahkan Asan membayar denda RM50 bagi setiap pertuduhan atau tiga hari penjara jika gagal membayarnya.

Bagi pertuduhan pertama Asan didapati mempunyai wang sebanyak RM2,588.60 milik seorang individu Rosliah Sahadih dalam akaun Bank Rakyat miliknya tanpa dapat memberikan penjelasan memuaskan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu dilakukan pada 26 April 2024, jam 6.01 petang di Taman Ujana Kingfisher.

Bagi pertuduhan kedua Asan sekali lagi gagal menjelaskan wang berjumlah RM1,300 milik individu yang sama pada hari dan lokasi yang sama kira-kira jam 4.22 petang.

Advertisement
Setiap pertuduhan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100, penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa kes tersebut berpunca daripada laporan seorang mangsa yang ditipu dalam skim pelaburan dalam talian selepas tertarik dengan iklan di Instagram sebelum berurusan melalui WhatsApp dengan individu yang menyamar sebagai penasihat kewangan.

Advertisement
Mangsa membuat beberapa transaksi ke akaun bank berbeza namun tidak menerima pulangan seperti dijanjikan. 

Siasatan kemudian mendapati sejumlah RM2,588.60 dan RM1,300 telah dimasukkan ke dalam akaun milik Asan yang gagal menjelaskan sumber wang tersebut.

Sementara itu dalam kes berasingan seorang wanita berusia 21 tahun didenda RM1,500 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda kerana terlibat dalam kegiatan judi dalam talian di tempat awam.

Ayu Nazira mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada jam 3.20 petang, 31 Disember 2025 di kaki lima berhampiran sebuah restoran di Inanam.

Dia didakwa di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurut pihak pendakwaan Ayu ditahan polis ketika satu operasi dijalankan dan didapati menggunakan telefon bimbit untuk menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Pemeriksaan lanjut terhadap peranti tersebut mendapati ia digunakan untuk mengakses aplikasi berkaitan pertaruhan dalam talian yang dilindungi dengan kata laluan tersembunyi.

Ayu turut mengaku terlibat dengan ejen judi dalam talian.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here