Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Mustapha kecam tindakan hina Al-Quran tular di media sosial
Published on: Thursday, March 12, 2026
Published on: Thu, Mar 12, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Mustapha kecam tindakan hina Al-Quran tular di media sosial
Mustapha berkata sebarang bentuk penghinaan terhadap agama tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam malah berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Sabah dan seluruh negara.
Kota Kinabalu: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud mengecam tindakan menghina kitab suci al-Quran yang tular di media sosial dipercayai dilakukan individu dari negeri berkenaan.

Beliau berkata perbuatan yang memaparkan naskhah al-Quran didakwa dipijak dan diconteng dengan lukisan menghina itu adalah melampau serta bertentangan dengan nilai masyarakat di negara ini.

Advertisement
“Perbuatan ini amat melampau, tidak bertamadun dan melanggar prinsip Rukun Negara. Ia adalah jenayah dan perbuatan yang kurang ajar lebih-lebih lagi ketika kita berada dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Malah ia bukan budaya Sabah yang amat menjunjung keharmonian bermasyarakat dalam kepelbagaian kaum dan agama,” katanya dalam kenyataan, Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mustapha berkata sebarang bentuk penghinaan terhadap agama tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam malah berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Sabah dan seluruh negara.

Beliau berkata Malaysia dibina atas asas saling hormat-menghormati antara agama dan budaya, justeru tindakan sedemikian jelas bertentangan dengan nilai itu.

Advertisement
Sehubungan dengan itu, beliau menyokong penuh tindakan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap individu yang terlibat.

“Pada masa sama, saya menyeru orang ramai agar tidak mengambil tindakan di luar batas undang-undang. Kepercayaan sepenuhnya harus diberikan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara adil dan telus demi memastikan kestabilan, keharmonian serta perpaduan masyarakat di Sabah dan di seluruh negara terus terpelihara,” katanya.

Advertisement
Selasa lepas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Exco Agama negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung perkara itu.

Gambar yang tular dan dimuat naik di aplikasi Threads memaparkan al-Quran dipijak dan diconteng dengan lakaran yang menghina Nabi Muhammad SAW.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here