Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Bersatu Beluran hampir lumpuh, AJK Bahagian keluar parti
Published on: Saturday, March 14, 2026
Published on: Sat, Mar 14, 2026
By: Syah Abdul Rahman
Text Size:
Text:
Bersatu Beluran hampir lumpuh, AJK Bahagian keluar parti
HAMDAN (tengah depan) bersama Ahli jawatankuasa Bersatu Beluran mengumumkan klluar Parti
BELURAN: Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Beluran mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada keahlian Bersatu berkuatkuasa serta-merta pada Khamis.

Setiausaha Bahagian Bersatu Beluran Hamdan Tarawie berkata keputusan itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Advertisement
“Kami melihat hala tuju parti semakin menyimpang daripada matlamat asal perjuangan yang diasaskan untuk mempertahankan kepentingan rakyat, memperjuangkan integriti dalam politik serta membela nasib Bumiputera khususnya di Sabah,” katanya.

Menurutnya, parti kini lebih tertumpu kepada agenda peribadi untuk mengangkat Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri sehingga banyak keputusan dan tindakan dalam parti dilihat berpaksikan kepentingan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Budaya perbezaan pandangan dalam parti juga tidak lagi diraikan malah dilihat sebagai ancaman kepada kedudukan kepimpinan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis. 

Katanya, mereka memandang serius pemecatan serta tindakan disiplin terhadap beberapa pemimpin utama parti termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Mas Ermieyati.

Advertisement
“Tindakan ini memperlihatkan seolah-olah lembaga disiplin parti dijadikan sebagai alat politik untuk menyingkirkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan kepimpinan tertinggi.

“Ini bukan sahaja menjejaskan prinsip keadilan dalam parti malah menghakis kepercayaan ahli terhadap ketelusan dan integriti proses disiplin yang sepatutnya bebas daripada pengaruh politik,” katanya.

Advertisement
Tambah beliau, dalam keghairahan mengejar agenda politik sempit, isu perjuangan rakyat Sabah khususnya Bumiputera Sabah semakin diketepikan dan tidak lagi menjadi keutamaan.

“Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah namun ia diambil demi mempertahankan prinsip perjuangan dan maruah politik yang kami pegang selama ini.

“Kami percaya perjuangan untuk rakyat khususnya Bumiputera Sabah mesti diteruskan atas landasan yang lebih jujur, berprinsip dan bebas daripada kepentingan peribadi mana-mana individu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here