Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Pembakaran terbuka: Polis ikrar tindakan 
Published on: Wednesday, April 01, 2026
Published on: Wed, Apr 01, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Pembakaran terbuka: Polis ikrar tindakan 
SIPITANG: Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kebakaran atau mengabaikan keselamatan orang lain, kata Ketua Polis Daerah Supt Awang Anak Suanda (gambar).

Beliau berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang melakukan pembakaran terbuka di bawah undang-undang keselamatan kebakaran dan peraturan pihak berkuasa tempatan berkaitan.

Advertisement
Penduduk diingatkan supaya mengelak pembakaran terbuka ketika membersihkan semak, daun kering atau sampah di kawasan perumahan, ladang atau hutan kerana api boleh merebak dengan cepat dalam keadaan cuaca panas dan berangin.

Orang ramai juga digesa lebih berhati-hati ketika cuaca panas yang berkait dengan fasa peralihan monsun yang bermula pada 29 Mac.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pastikan kawasan sekitar rumah dan ladang bebas daripada bahan mudah terbakar dan sentiasa bersedia dengan peralatan asas pemadaman kebakaran seperti baldi berisi air atau alat pemadam api mudah alih,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar tidak membenarkan kanak-kanak atau orang dewasa bermain mercun berhampiran kawasan yang mudah terbakar.

Advertisement
Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang kebakaran kecil dengan segera kepada Ibu Pejabat Polis Daerah atau Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sentiasa berwaspada dan jangan memandang ringan risiko kebakaran. Keselamatan individu, keluarga dan harta benda adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Calvin Joe Jeafrey berkata pihaknya menerima beberapa laporan kebakaran di kawasan Merintaman dan di Sabah Forest Industries (SFI).

Katanya, kebakaran di Merintaman berlaku jauh dari kawasan berisiko berhampiran penempatan dan sukar diakses, manakala di kawasan SFI pula, Jabatan menjalankan pemantauan berkala dengan kerjasama agensi lain, termasuk polis.

Beliau turut mengingatkan bahawa kesan negatif kejadian kebakaran termasuk kemusnahan alam sekitar serta risiko kesihatan, khususnya jerebu yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan bahaya lain.

Calvin turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana keadaan cuaca panas ketika ini boleh menyebabkan ular mencari tempat yang lebih sejuk, termasuk memasuki rumah dan kawasan penyimpanan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here