Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
‘Penjenamaan semula PGRS sebelum pilihanraya Parlimen boleh perkukuh parti’
Published on: Saturday, March 14, 2026
Published on: Sat, Mar 14, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
‘Penjenamaan semula PGRS sebelum pilihanraya Parlimen boleh perkukuh parti’
Rahim berkata cadangan langkah itu wajar dipertimbangkan kerana ia perlu bagi menyelaraskan struktur parti.
PAPAR: Penjenamaan semula Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) sebelum pilihan raya Parlimen akan datang boleh mengukuhkan strategi pilihan rayanya.

Ketua Bahagian PGRS Pantai Manis Datuk Seri Abdul Rahim Ismail berkata cadangan langkah itu wajar dipertimbangkan kerana ia perlu bagi menyelaraskan struktur parti.

Advertisement
“Dengan menyelaraskan bahagian parti dengan kawasan Parlimen di Sabah, PGRS dapat mempermudahkan struktur kepimpinannya – daripada mengurus 73 bahagian, kepimpinan pusat hanya perlu berurusan dengan 25 bahagian.

“Ia juga boleh mengukuhkan strategi pilihan raya di peringkat Parlimen serta memperkemas kawalan kepimpinan dalam parti,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bercakap kepada Daily Express di sini pada Jumaat, Abdul Rahim berkata melalui penjenamaan semula itu, PGRS dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa parti terbabit menjadi lebih strategik, kurang birokrasi, selain mengurangkan perpecahan dalaman.

Menjawab satu soalan, bekas Menteri Negeri itu berkata beliau akan menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor, yang juga Presiden parti, berhubung siapa yang patut menjadi ketua bahagian Papar.

Advertisement
“Namun secara jujurnya, saya berharap Ketua Bahagian PGRS Kawang Dato’ Sri Ghulam Haidar Khan Bahadar diberi peluang untuk memimpin Bahagian Papar.

“Prestasi cemerlang beliau dalam pilihan raya negeri baru-baru ini mengesahkan bahawa beliau merupakan calon yang sangat layak untuk memimpin PGRS Papar,” katanya.

Advertisement
Katanya, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau, Pantai Manis dan Kawang semuanya berada di bawah kawasan Parlimen Papar. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here