Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
AGC bantah permohonan semakan kehakiman NGO
Published on: Thursday, December 04, 2025
Published on: Thu, Dec 04, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
AGC bantah permohonan semakan kehakiman NGO
Kota Kinabalu: Pejabat Peguam Negara (AGC) membantah permohonan semakan kehakiman (JR) yang difailkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi mencabar siasatan inkues yang sedang berlangsung berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Peguam Persekutuan Kanan (SFC) Shamsul Bolhassan yang hadir mewakili AGC bersama SFC Jesseca Daimis berhujah bahawa pemohon tidak mempunyai locus standi untuk mencabar inkues tersebut kerana bukan pihak dalam prosiding itu. 

Advertisement
Beliau turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak AGC akan memfailkan hujahan bertulis.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Celestina Stuel Galid kemudian menetapkan 7 Januari 2026 sebagai tarikh semakan secara e-review. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
AGC diarahkan memfailkan hujahan selewat-lewatnya 17 Disember ini manakala pemohon perlu memfailkan jawapan balas sebelum 31 Disember.

Dalam prosiding itu mahkamah turut menasihatkan mana-mana peguam atau pihak yang terlibat dalam inkues berkenaan supaya memfailkan permohonan sekiranya mereka mahu disenaraikan sebagai pihak berkepentingan dalam permohonan tersebut.

Advertisement
Mahkamah turut bertanya mengenai perkembangan inkues di mana peguam Shahlan Jufri dan Datuk Ram Singh memaklumkan bahawa setakat ini seramai 56 saksi telah dipanggil dan sebahagiannya mungkin perlu dipanggil semula.

Ram turut memaklumkan bahawa pihak mereka juga membantah permohonan berkenaan serta memohon beberapa dokumen prosiding berkaitan permohonan itu.

Advertisement
Wakil NGO pemohon bagaimanapun tidak hadir semasa sebutan pertama kes tersebut pada Rabu.

Susulan itu hakim mengingatkan pemohon supaya lebih serius terhadap permohonan yang difailkan.

Sementara itu Shahlan memaklumkan kepada mahkamah bahawa arahan terkini daripada anak guamnya adalah untuk bertindak sebagai pemerhati dalam kes berkenaan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Semangat Bersatu Malaysia (Pembela) Datuk Seri Mohammad Jeffry Rosman yang memfailkan permohonan JR tersebut menamakan Peguam Negara dan Mahkamah Koroner sebagai responden pertama dan kedua.

Jeffry berhujah bahawa Sabah mempunyai Ordinan Inkues sendiri iaitu Ordinan Inkues 1959 yang menurutnya sepatutnya diguna pakai berbanding Kanun Tatacara Jenayah Persekutuan.

Beliau menegaskan bahawa undang-undang negeri itu masih sah dan mengandungi perlindungan khusus termasuk peruntukan supaya Koroner memanggil juri yang separuh daripadanya mesti terdiri daripada kaum yang sama dengan si mati.

Menurutnya perlindungan tersebut tidak diambil kira dalam inkues kematian Zara sekali gus menjadikan prosiding itu tidak teratur dari segi prosedur dan bercanggah dengan rangka perundangan Sabah.

NGO tersebut memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keseluruhan inkues mengisytiharkan Ordinan 1959 sebagai undang-undang yang terpakai serta mengesahkan hak perlembagaan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Jeffry menegaskan bahawa tujuan permohonan itu bukan untuk melengahkan keadilan sebaliknya bagi memastikan inkues dijalankan secara sah, telus dan selaras dengan kewajipan undang-undang Sabah.

Sementara itu sebelum Koroner Amir Shah Amir Hassan meneruskan keterangan saksi beliau bertanya mengenai perkembangan permohonan JR atau sama ada terdapat permohonan untuk menangguhkan inkues tersebut.

Shahlan dan peguam Joan Goh kemudian memaklumkan perkara itu kepada Amir yang seterusnya menyatakan supaya keputusan diserahkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here