Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Sabah hargai kerjasama NGO anjur program kebajikan Ramadan
Published on: Thursday, March 12, 2026
Published on: Thu, Mar 12, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah hargai kerjasama NGO anjur program kebajikan Ramadan
Nizam berkata program iftar yang menyantuni golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama itu manifestasi jelas perpaduan serta keharmonian masyarakat Sabah, sekali gus membuktikan semangat saling menghormati sudah sekian lama terjalin.
PENAMPANG: Kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan dan sukarelawan belia dalam memperkukuh aktiviti kebajikan serta memupuk nilai empati sepanjang Ramadan amat dihargai, kata Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata penglibatan mereka dalam pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan termasuk menyantuni golongan kurang berkemampuan, bukan sahaja memperkasakan kesejahteraan rakyat tetapi turut meluaskan jaringan kerjasama antara kerajaan negeri serta masyarakat.

Advertisement
Komitmen itu juga melengkapi usaha kerajaan dalam memastikan golongan memerlukan tidak terpinggir, sebaliknya mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya.

“Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan penglibatan NGO yang aktif dan berwibawa dalam membantu memperkukuh kesejahteraan rakyat serta memperluas jaringan kerjasama antara kerajaan serta masyarakat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan diperluas lagi skopnya supaya lebih ramai golongan memerlukan dapat disantuni, bukan sahaja pada Ramadan tetapi juga sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Iftar dan Sumbangan Ramadan kepada golongan asnaf, anak yatim serta ibu tunggal anjuran Pertubuhan Masyarakat Interaktif Suara Sabah dan Pertubuhan Kebajikan Cahaya Sabah, di sini, Selasa malam.

Advertisement
Sebanyak 66 penerima terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama menerima sumbangan, antara lain duit raya serta bakul makanan.

Program itu penganjuran kali ketiga hasil kerjasama strategik pelbagai pihak termasuk jawatankuasa masjid dan sektor korporat.

Advertisement
Nizam berkata program iftar yang menyantuni golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama itu manifestasi jelas perpaduan serta keharmonian masyarakat Sabah, sekali gus membuktikan semangat saling menghormati sudah sekian lama terjalin.

Program seumpama itu diharap dapat diteruskan pada tahun akan datang bagi meningkatkan lagi persefahaman dan kesatuan sesama masyarakat kerana ia adalah antara tunjang penting dalam melancarkan agenda pembangunan kerajaan bagi manfaat rakyat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here