Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Penduduk kampung bantah permohonan KDCA peroleh tanah
Published on: Friday, February 20, 2026
Published on: Fri, Feb 20, 2026
Text Size:
Text:
Penduduk kampung bantah permohonan KDCA peroleh tanah
Setiausaha Agung KDCA Datuk Suman Yasambun dalam kenyataan baru-baru ini, berkata tapak yang dipertikaikan telah diwartakan sebagai Rizab Veterinar Sabah dan bukan Rizab Kampung Anak Negeri seperti yang didakwa.
Kota Kinabalu: Penduduk Kampung Minintod mengadakan perhimpunan aman pada 17 Feb bagi membantah permohonan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) untuk memperoleh 30 ekar tanah berhampiran.

Penduduk dari kawasan sekitar, termasuk Kampung Bantayan dan Sukang Mabpai turut menyuarakan bantahan, mendakwa KDCA merampas tanah kampung anak negeri. Persatuan itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Advertisement
Setiausaha Agung KDCA Datuk Suman Yasambun dalam kenyataan baru-baru ini, berkata tapak yang dipertikaikan telah diwartakan sebagai Rizab Veterinar Sabah dan bukan Rizab Kampung Anak Negeri seperti yang didakwa.

“Status tanah kekal sebagai Rizab Veterinar dan bukan Rizab Kampung. Tiada keperluan untuk demonstrasi … sila datang dan saya akan tunjukkan semua dokumen berkaitan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata proses permohonan telah melalui saluran kerajaan yang sewajarnya sejak 1988, termasuk kelulusan Ketua Menteri, dan kini persatuan hanya menunggu maklum balas rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah sebelum Jabatan Tanah dapat meneruskan proses seterusnya.

Tambahnya, semua Ketua Kampung yang terlibat sedia maklum mengenai perkara itu dan kekeliruan sepatutnya tidak timbul.

Advertisement
Menurut KDCA, asal usul permohonan itu bermula pada 12 Mac 1988 apabila persatuan dibenarkan melalui Resolusi P.9114 oleh Pemegang Amanah Rizab Amanah Anak Negeri untuk menduduki dan menggunakan sebahagian daripada kawasan seluas 30 ekar, tertakluk kepada pengesahan rasmi. Resolusi itu ditandatangani oleh Ketua Kampung yang terlibat pada masa berkenaan.

Perkara itu kemudian dimuktamadkan pada 14 Mei 1994 apabila mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Koisaan di Hongkod Koisaan meluluskan penerimaan tawaran pemberian hak milik 30 ekar tanah kepada KDCA.

Advertisement
Resolusi berkenaan ditandatangani bersama kepimpinan KDCA dan disaksikan wakil dipilih serta pemimpin komuniti tempatan.

Suman berkata Kerajaan Negeri sejak itu memberi maklum balas positif terhadap permohonan berkenaan, tertakluk kepada ulasan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang masih belum mengemukakan maklum balas rasmi.

“Proses permohonan telah melalui saluran rasmi sejak 1988, termasuk kelulusan Ketua Menteri tertakluk kepada ulasan Jabatan Veterinar. Kini kami hanya menunggu maklum balas jabatan itu bagi membolehkan Jabatan Tanah meneruskan proses,” katanya.

KDCA akan mengadakan mesyuarat bersama tiga Ketua Kampung yang terlibat pada 20 Feb dan menggesa mereka meneliti penjelasan berdasarkan dokumen rasmi.

KDCA, sebuah organisasi bukan politik yang memperjuangkan kebajikan, warisan dan kepentingan komuniti Kadazandusun, berkata semua keputusan berkaitan tanah dibuat melalui mesyuarat rasmi dengan persetujuan pemimpin komuniti serta disokong Ketua Kampung ketika itu dan diproses melalui saluran sah Kerajaan Negeri.

Persatuan itu turut menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat tidak disahkan dan meminta mereka yang ingin mendapatkan penjelasan supaya berhubung secara langsung dan rasmi bagi mengelakkan andaian yang boleh menjejaskan keharmonian komuniti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here