Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kenaikan tarif elektrik jejas peniaga kecil Sabah: NGO
Published on: Tuesday, February 03, 2026
Published on: Tue, Feb 03, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Kenaikan tarif elektrik jejas peniaga kecil Sabah: NGO
Menurut Jessie, elektrik merupakan keperluan asas bagi kebanyakan perniagaan kecil, termasuk pemprosesan makanan, penyimpanan sejuk, bengkel, perniagaan berasaskan rumah serta perkhidmatan digital berskala kecil.
Kota Kinabalu: Kenaikan tarif elektrik di Sabah yang berkuat kuasa pada 1 Feb lalu dijangka memberi tekanan besar kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), khususnya perniagaan mikro dan nano yang beroperasi dengan margin keuntungan yang amat kecil, menurut Persatuan Usahawan Sabah (Push).

Presidennya, Jessie Ambukon, berkata peningkatan kos elektrik, yang merupakan perbelanjaan operasi asas, berisiko menjejaskan kelangsungan perniagaan kecil selain mengehadkan keupayaan mereka untuk berkembang dan bersaing di pasaran.

Advertisement
“Usahawan mikro dan nano adalah tulang belakang ekonomi tempatan, namun kebanyakan mereka tidak mempunyai ruang kewangan yang mencukupi untuk menyerap kenaikan kos secara mendadak,” katanya.

Menurut Jessie, elektrik merupakan keperluan asas bagi kebanyakan perniagaan kecil, termasuk pemprosesan makanan, penyimpanan sejuk, bengkel, perniagaan berasaskan rumah serta perkhidmatan digital berskala kecil.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Apabila bil elektrik meningkat, perbelanjaan bulanan turut bertambah. Ini bukan sahaja menjejaskan aliran tunai, malah mengehadkan pelaburan semula dalam perniagaan seperti pengambilan pekerja atau menaik taraf peralatan,” katanya.

Jessie turut menekankan kesan rantaian susulan kenaikan tarif tersebut. Walaupun kerajaan memperkenalkan diskaun 10 peratus kepada sektor pertanian, akuakultur dan perikanan bagi memastikan keselamatan makanan serta kestabilan rantaian bekalan, beliau berkata langkah itu tidak mencukupi untuk melindungi keseluruhan ekosistem perniagaan.

Advertisement
“Banyak pembekal, pengeluar kecil, pengangkut, pembungkus dan perniagaan sokongan lain tidak menikmati diskaun yang sama. Mereka terpaksa menanggung sepenuhnya kenaikan kos elektrik, dan kos ini akhirnya dipindahkan kepada peniaga mikro dan nano,” katanya.

Beliau memberi amaran bahawa keadaan ini akan mendorong peningkatan harga bahan mentah dan perkhidmatan, sekali gus memaksa peniaga kecil menaikkan harga produk kepada pengguna.

Advertisement
“Ini adalah tindak balas berantai yang tidak dapat dielakkan dan akhirnya akan memberi tekanan kepada pengguna serta menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Dalam jangka sederhana, Push bimbang tekanan kos yang berterusan akan membantutkan pembangunan usahawan baharu, khususnya di kawasan luar bandar dan separa bandar di Sabah, katanya.

Keadaan itu juga boleh menjejaskan usaha kerajaan untuk mengukuhkan rantaian ekonomi domestik serta meningkatkan kadar pemformalan perniagaan kecil, tambahnya.

Jessie menggesa kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan Skim Diskaun Elektrik Khas untuk Usahawan Mikro dan Nano merangkumi semua sektor, dan tidak terhad kepada pertanian sahaja.

Menurutnya, skim tersebut boleh dilaksanakan secara bersasar dan berperingkat berdasarkan penggunaan elektrik, saiz perniagaan dan jumlah pekerja, bagi mengelakkan beban kos secara mendadak ke atas peniaga kecil.

“Pendekatan ini lebih adil dan realistik. Ia bukan sahaja membantu mengekalkan kestabilan harga produk, malah melindungi pengguna serta menyokong pertumbuhan mampan usahawan tempatan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Push menyokong usaha kerajaan untuk menambah baik infrastruktur dan memastikan kelestarian sektor tenaga di Sabah, namun dasar berkaitan kos utiliti asas perlu mengambil kira keupayaan sebenar perniagaan kecil.

“Pembangunan ekonomi inklusif hanya dapat dicapai sekiranya kumpulan yang paling terkesan tidak dipinggirkan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here