Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
‘Tindakan pantas angkat sumpah elak ketidaktentuan politik’
Published on: Tuesday, December 02, 2025
Published on: Tue, Dec 02, 2025
Text Size:
Text:
‘Tindakan pantas angkat sumpah  elak ketidaktentuan politik’
Aminah menegaskan hanya gabungan yang bersatu dan stabil dapat memastikan keputusan dibuat tepat pada masanya, perkhidmatan tidak terganggu dan dasar yang memberi manfaat sebenar kepada rakyat.
Kota Kinabalu: Rakyat Sabah diseru agar tidak terpengaruh dengan “suara dan spekulasi” berhubung istiadat angkat sumpah awal pagi Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Haji Noor, sebagai Ketua Menteri.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Moyog, Datuk Aminah Ambrose, berkata tindakan pantas itu penting bagi mengelakkan Sabah terjerumus ke dalam ketidaktentuan politik.

Advertisement
Menurutnya, pembentukan segera kerajaan baharu selepas keputusan pilihan raya negeri diumumkan bukan sesuatu yang luar biasa, sebaliknya langkah perlu bagi memastikan kesinambungan pentadbiran serta mengelakkan kekosongan kuasa.

“Dalam politik, ada satu pepatah lama: Untuk mentadbir dengan berkesan, semuanya bergantung kepada angka. Kerajaan stabil memerlukan majoriti kukuh.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Sebab itu parti-parti perlu bergerak pantas membina kerjasama dan menyatukan sokongan di bawah gabungan yang kuat. Rakyat tidak mampu menanggung ketidaktentuan,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata kedudukan Hajiji sebagai pemimpin gabungan yang memperoleh kerusi terbanyak — 29 keseluruhannya — meletakkannya dalam kedudukan paling kukuh dan paling layak mengetuai pentadbiran baharu.

Advertisement
Dengan 37 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan majoriti mudah, Aminah berkata beberapa parti politik serta calon bebas tampil menyatakan sokongan kepada GRS, didorong komitmen bersama terhadap kestabilan dan kemajuan jangka panjang Sabah.

“Kesediaan mereka bekerjasama membuktikan iltizam membina Sabah yang lebih baik, selain menunjukkan kematangan politik serta kefahaman terhadap keutamaan rakyat, iaitu kestabilan, hala tuju yang jelas dan keyakinan bahawa pembangunan akan terus berjalan,” ujarnya.

Advertisement
Aminah menegaskan hanya gabungan yang bersatu dan stabil dapat memastikan keputusan dibuat tepat pada masanya, perkhidmatan tidak terganggu dan dasar yang memberi manfaat sebenar kepada rakyat.

“Kerajaan yang stabil boleh berkhidmat dengan yakin tanpa gangguan. Itulah yang sepatutnya dinikmati rakyat Sabah,” katanya sambil mengulangi komitmen PGRS Moyog menyokong segala usaha memperkukuh tadbir urus dan masa depan negeri.

Sehubungan itu, Aminah memuji kepimpinan Hajiji yang disifatkan inklusif berikutan sokongan yang diterima daripada Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanahairku (Star Sabah), dua parti lain yang turut memenangi kerusi dalam pilihan raya.

“Saya percaya Hajiji menegakkan prinsip tidak mengetepikan sesiapa. Walaupun berlainan ideologi politik, beliau melihat kita semua adalah rakyat Sabah,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here