Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Chin: Tindakan mahkamah bukan cabar Persekutuan
Published on: Sunday, March 01, 2026
Published on: Sun, Mar 01, 2026
Text Size:
Text:
Chin: Tindakan mahkamah bukan cabar Persekutuan
“Sabah dan Sarawak bukan mencabar Persekutuan. Kedua-duanya hanya mahu Persekutuan berfungsi sebagaimana dirangka — sebagai perkongsian berperlembagaan dengan pembahagian kuasa yang jelas,” kata Chin.
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayan daripada Warisan merangkap peguam, Datuk Chin Tek Ming, menyatakan sokongan terhadap langkah Kerajaan Sarawak mendapatkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kesahihan perlembagaan beberapa undang-undang petroleum Persekutuan.

Tindakan perundangan itu melibatkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA74), Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966, yang dimohon Sarawak untuk disemak semula berkaitan hak perlembagaannya.

Advertisement
Dalam satu kenyataan, Chin berkata isu tersebut perlu dilihat dalam konteks perlembagaan yang sebenar dan menyeluruh.

Beliau menjelaskan bahawa PDA74 telah memusatkan kawalan sumber petroleum di bawah Kerajaan Persekutuan, sedangkan sempadan wilayah serta hak Sabah dan Sarawak terhadap sumber asli telah ditetapkan sebelum pembentukan Malaysia dan dilindungi di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here