Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Perdana Menteri ucap tahniah kepada Hajiji atas mandat baharu
Published on: Monday, December 01, 2025
Published on: Mon, Dec 01, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Perdana Menteri ucap tahniah kepada Hajiji atas mandat baharu
Kota Kinabalu: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas mandat baharu yang diberikan rakyat bagi membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan menghormati mesej jelas yang disampaikan pengundi Sabah pada pilihan raya kali ini, yang menuntut perubahan selepas berdepan ketidakadilan dan pengabaian oleh pelbagai pihak sebelum ini.

Advertisement
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani akan terus komited memperjuangkan tuntutan serta hak rakyat Sabah, sebagaimana yang telah dicapai dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

“Alhamdulillah, dalam tiga tahun yang lalu, kami berusaha merungkai setiap isu yang diwarisi, termasuk soal tuntutan dan hak yang menyentuh kepentingan Sabah. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Dalam tempoh singkat ini, beberapa kemajuan yang nyata telah dicapai berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Ahad. 

Katanya Kerajaan Madani akan terus konsisten di landasan pembaharuan bagi memastikan Sabah menjadi negeri yang makmur, saksama dan tidak lagi dipinggirkan.

Advertisement
“Suara rakyat Sabah adalah amanah yang mesti kita junjung dengan sikap pertanggungjawaban yang tinggi,” katanya.

Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua pada awal Ahad di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman, dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Advertisement
Mengikut keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, GRS memperolehi 29 kerusi manakala pencabar terdekatnya iaitu Parti Warisan (Warisan) memperoleh 25 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) (6), Upko (3) dan Star (2).

Pada PRN Sabah ke-17 ini, turut memenangi kerusi ialah calon-calon Bebas dengan lima kerusi.

Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pula masing-masing memperoleh satu kerusi
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here