TAHUN 2026 adalah tahun yang penuh cabaran buat A&R Productions dan komposernya Abdul Razak Yanggang.
Bagaimanapun anak seni kelahiran Tawau itu tidak menganggap semua dugaan yang datang perkara mematahkan semangatnya untuk terus berkarya mencipta lagu.
Lebih dikenali sebagai BoyRazak, Abdul Razak turut menempah nama di Kuala Lumpur dengan karya seperti Musyrik dan runut filem 8Belas.
Sebagai permulaan tahun ini Boyrazak mempertaruhkan tiga lagu yang sedang dalam pembikinan iaitu Kaki-kaki Pancing, Cinta yang Hilang dan Bersatu Hati.
Advertisement





