Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Jadikan Aidilfitri pemangkin bina Sabah lebih maju, sejahtera - Hajiji
Published on: Friday, March 20, 2026
Published on: Fri, Mar 20, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jadikan Aidilfitri pemangkin bina Sabah lebih maju, sejahtera - Hajiji
Hajiji juga berkata nilai hormat-menghormati, toleransi dan kebersamaan yang diwarisi sekian lama di Sabah harus terus dipelihara memandangkan ia adalah asas kepada kestabilan serta kemajuan.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) mengajak seluruh rakyat Sabah untuk menjadikan kemeriahan sambutan Aidilfitri sebagai pemangkin bagi memperbaharui tekad, mempererat perpaduan dan melipatgandakan usaha demi membina negeri yang lebih maju.

Beliau berkata komitmen dan kebersamaan seluruh rakyat amat penting bagi memastikan kemajuan itu sejajar dengan matlamat di bawah naungan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

Advertisement
“Sesungguhnya, Aidilfitri adalah simbol kemenangan melawan hawa nafsu, kemenangan mendidik jiwa dengan kesabaran dan keikhlasan serta platform terbaik untuk memperkukuh silaturahim sesama keluarga, jiran tetangga dan masyarakat keseluruhannya.

“Di bumi Sabah yang bertuah ini, Aidilfitri diraikan dalam suasana muhibah oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama. Inilah kekuatan sebenar kita, iaitu perpaduan dalam kepelbagaian,” katanya dalam perutusan Aidilfitri 2026, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji juga berkata nilai hormat-menghormati, toleransi dan kebersamaan yang diwarisi sekian lama di Sabah harus terus dipelihara memandangkan ia adalah asas kepada kestabilan serta kemajuan.

Menyentuh mengenai isu pentadbiran, beliau berkata kerajaan negeri kekal komited dalam memperkukuh kestabilan politik yang sedang dinikmati di Sabah ketika ini kerana ia adalah prasyarat utama kepada pembangunan dan kemakmuran.

Advertisement
Bagi memastikan momentum itu diteruskan, Hajiji berkata kerajaan negeri telah merangka hala tuju yang lebih strategik dan menyeluruh melalui Pelan Pembangunan SMJ 2.0 untuk memacu Sabah ke tahap kemajuan lebih tinggi.

“SMJ 2.0 bukan sekadar pelan di atas kertas sebaliknya ia merupakan komitmen jitu untuk mentransformasikan ekonomi negeri, memperkasa modal insan dan memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here