Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
DBKK digesa buka jeti baharu untuk kegunaan awam
Published on: Wednesday, March 25, 2026
Published on: Wed, Mar 25, 2026
Text Size:
Text:
 DBKK digesa buka jeti baharu untuk kegunaan awam
‘JETI’ lama untuk kegunaan orang ramai di Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Aru Datuk Junz Wong (gambar) menggesa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membenarkan penduduk Pulau Gaya menggunakan jeti baharu yang dibina, susulan kebimbangan terhadap keselamatan dan aksesibiliti jeti sedia ada yang uzur.

Beliau berkata penduduk pulau yang bergantung kepada jeti berkenaan untuk berulang-alik antara pulau dan bandar memaklumkan bahawa infrastruktur sedia ada berada dalam keadaan basah, licin dan sudah usang.

Advertisement
Katanya, kemudahan itu menimbulkan risiko, terutama kepada warga emas, kanak-kanak dan wanita.

Baru-baru ini, DBKK membuka sebuah jeti moden di bawah DBKK Holdings yang dilengkapi kemudahan serta keselesaan lebih baik. Bagaimanapun, jeti berkenaan dikhaskan untuk tujuan pelancongan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kota Kinabalu sudah mempunyai dua jeti pelancongan – Terminal Feri Jesselton Point dan jeti baharu DBKK – sedangkan penduduk tempatan hanya mempunyai kemudahan yang tidak selamat,” kata Wong yang juga Naib Presiden Parti Warisan.

Beliau berkata menerima banyak aduan daripada penduduk Pulau Gaya mengenai risiko yang ditimbulkan oleh jeti sedia ada.

Advertisement
Beliau turut membangkitkan kebimbangan mengenai situasi kecemasan, termasuk sama ada infrastruktur sedia ada mampu menyokong pemindahan perubatan segera atau pengangkutan jenazah secara teratur.

“Akses kepada jeti yang selamat dan teratur bukan satu kemewahan, sebaliknya keperluan asas,” katanya.

Advertisement
Wong menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan supaya jeti DBKK itu dibuka untuk kegunaan awam, sekurang-kurangnya bagi tujuan perjalanan harian dan situasi kecemasan.

“Langkah ini dilihat dapat meringankan beban penduduk Pulau Gaya serta meningkatkan keselamatan. Ia demi kebajikan rakyat. Rakyat tidak seharusnya diketepikan apabila melibatkan soal keselamatan dan kemudahan asas,” katanya.

Ratusan penduduk pulau berulang-alik dengan bot setiap hari ke bandar, dan mendarat di kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here