Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Langkah baharu kawal diesel, petrol bagi membendung kegiatan mengumpul dan menyeludup
Published on: Friday, March 27, 2026
Published on: Fri, Mar 27, 2026
Text Size:
Text:
Langkah baharu kawal diesel, petrol bagi membendung kegiatan mengumpul dan menyeludup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu melibatkan penetapan had pembelian bahan api bagi setiap transaksi.
Kuala Lumpur: Kerajaan memperkenalkan had baharu pembelian diesel di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada langkah lebih ketat bagi membendung kegiatan mengumpul dan menyeludup bahan api bersubsidi susulan ketidaktentuan bekalan global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu melibatkan penetapan had pembelian bahan api bagi setiap transaksi.

Advertisement
Kenderaan ringan dihadkan kepada 50 liter, kenderaan di bawah tiga tan dihadkan kepada 100 liter, manakala kenderaan melebihi tiga tan dihadkan kepada 150 liter.

Beliau berkata langkah tersebut perlu bagi memastikan pengagihan diesel secara adil serta mengelakkan ketirisan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tanpa pelarasan seperti ini, kita berdepan risiko peningkatan aktiviti mengumpul dan menyeludup, seperti yang pernah dikesan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Kerajaan akan memperluas penguatkuasaan larangan pembelian dan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing berkuat kuasa 1 April depan, sebagai langkah memperkukuh kawalan subsidi bahan api serta mengekang ketirisan di sempadan negara.

Advertisement
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, peluasan itu merupakan pengukuhan kepada kerangka perundangan sedia ada yang sebelum ini hanya meletakkan kesalahan kepada pengusaha stesen minyak.

Menurutnya, melalui pelaksanaan baharu ini, kesalahan akan turut mencakupi pemandu atau pemilik kenderaan berpendaftaran asing yang didapati melanggar larangan berkenaan.

Advertisement
“Penguatkuasaan ini adalah susulan daripada keputusan yang telah saya bentangkan di Parlimen pada 29 Januari 2026 lalu yang bertujuan memastikan subsidi RON95 dinikmati sepenuhnya oleh rakyat tempatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Bahagian Penguat Kuasa KPDN, di sini, Khamis.

Armizan berkata, agenda penguatkuasaan akan terus diperkasa menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) susulan peningkatan risiko ketirisan dan penyeludupan bahan api, khususnya di kawasan sempadan susulan ketegangan Asia Barat ketika ini.

 Beliau menegaskan bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu, sindiket atau pengusaha yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan subsidi bahan api.

“Kegagalan mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang yang berkuat kuasa dan saya menyeru orang ramai untuk terus memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan,” katanya.

Terdahulu, Armizan memberi jaminan bahawa kestabilan harga dan bekalan barangan keperluan asas yang diimport, kekal mencukupi meskipun berdepan cabaran seperti peningkatan kos logistik dan bahan pembungkusan susulan konflik Asia Barat.

Menurutnya, satu sesi libat urus dibuatbersama Malaysia Retail Association (MRA) bagi membincangkan isu berkaitan konflik Asia Barat serta implikasinya terhadap keterjaminan bekalan dan kestabilan harga.

Beliau berkata hasil kerjasama erat antara kerajaan dan industri, bekalan barangan keperluan asas yang diimport kekal mencukupi meskipun berdepan cabaran seperti peningkatan kos logistik dan bahan pembungkusan.

“Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak sejajar agenda Kita Gempur, kita akan terus memastikan kepentingan rakyat dilindungi serta ketirisan dapat dibanteras demi manfaat bersama,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here