Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Nizam cadang dua kerusi Parlimen baharu di Tawau
Published on: Tuesday, March 24, 2026
Published on: Tue, Mar 24, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Nizam cadang dua kerusi Parlimen baharu di Tawau
NIZAM (kedua, kiri) serta Adun Kawang Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada asnaf terpilih sempena majlis itu.
TAWAU: Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata wujud keperluan mendesak untuk menambah dua kawasan Parlimen baharu di daerah ini, susulan peningkatan ketara jumlah pengundinya. 

Menurutnya, ketika ini Parlimen Tawau dianggarkan mempunyai kira-kira 90,000 pengundi, manakala Parlimen Kalabakan pula melebihi 80,000 pengundi.

Advertisement
Katanya, jumlah pengundi yang terlalu besar dalam satu kawasan Parlimen menyukarkan wakil rakyat untuk memberi tumpuan secara menyeluruh terhadap keperluan rakyat. 

“Berdasarkan amalan sedia ada, kajian persempadanan pilihan raya lazimnya dilakukan setiap 10 tahun bagi memastikan keseimbangan dan keadilan dalam perwakilan,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan sekurang-kurangnya satu atau dua kawasan Parlimen baharu diwujudkan di Zon 12, yang merangkumi kawasan Tawau dan Kalabakan.

Nizam berkata, ini akan menseimbangkan jumlah pengundi kepada sekitar 40,000 hingga 50,000 bagi setiap kawasan Parlimen, sekali gus membolehkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Advertisement
Beliau menambah, langkah tersebut bukan sahaja memberi ruang kepada kepimpinan baharu untuk tampil, malah memperkukuh keupayaan kerajaan dalam merancang dan melaksanakan pembangunan di peringkat akar umbi.

Cadangan itu juga, katanya, dilihat selari dengan pertumbuhan populasi dan peningkatan jumlah pengundi di kawasan berkenaan, sekaligus memerlukan penyesuaian semula struktur kawasan pilihan raya demi kepentingan rakyat.

Advertisement
Nizam, yang juga Adun Apas, berkata demikian di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Dewan Masyarakat Tawau di sini, pada Isnin. Majlis itu dihadiri lebih 6, 000 masyarakat pelbagai latar belakang agama dan politik dalam suasana penuh harmoni. 

Pada majlis sama, Nizam turut  menyampaikan sumbangan kepada 80 orang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta orang miskin sebagai tanda ingatan dan kasih sayang. 

Dalam pada itu, Nizam menyatakan bahawa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). 

“Jentera parti sentiasa aktif dan meneruskan gerak kerja selepas Pilihan Raya Negeri Sabah sebelum ini dan akan terus bekerja untuk memenangkan calon PRU akan datang,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga sudah mengenal pasti calon berpotensi di kawasan Tawau dan sudahpun mengemukakan tiga nama calon kepada pucuk pimpinan untuk pemilihan awal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here