PEKAN NABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai memperkenalkan beberapa inisiatif baharu dalam manifestonya yang dirangka khusus untuk menyediakan platform dan peluang kepada komuniti Kiulu.
Antara inisiatif terbabit mewujudkan Kiulu Market Hub, Co-Working Mini Hub, Pusat Koperasi Pertanian Kiulu dan Program Niaga Wanita dengan tumpuan kepada pembangunan ekonomi tempatan, pemberdayaan komuniti dan sokongan terhadap usahawan belia.
“Kami mahu komuniti Kiulu mempunyai ruang selesa untuk mengumpul idea, berkongsi inspirasi, memupuk kreativiti dan menggunakan platform yang membolehkan mereka meningkatkan sumbangan kepada ekonomi tempatan serta menjana pendapatan secara mampan,” kata Joniston semasa sesi tinjauan mesra di Tamu Pekan Nabalu, Khamis.
Advertisement





