Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Projek BAS.MY RM88 juta antara inisiatif utama Kota Kinabalu: Chan
Published on: Tuesday, March 17, 2026
Published on: Tue, Mar 17, 2026
By: Samantha Sulit
Text Size:
Text:
Projek BAS.MY RM88 juta antara inisiatif utama Kota Kinabalu: Chan
Chan berkata mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menjadi platform penting untuk meneliti perkembangan inisiatif pembangunan berkenaan serta isu mendesak yang menjejaskan daerah ini.
Kota Kinabalu: Projek BAS.MY Kota Kinabalu bernilai RM88 juta serta usaha menaik taraf beberapa ruang awam utama bandar ini antara inisiatif penting yang dibincangkan dalam Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah Kota Kinabalu, Ahad lalu, bagi memastikan perancangan bandar seiring dengan pertumbuhan pesat ibu negeri Sabah itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menjadi platform penting untuk meneliti perkembangan inisiatif pembangunan berkenaan serta isu mendesak yang menjejaskan daerah ini.

Advertisement
Chan, yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, berkata inisiatif bas henti-henti itu dijadualkan dilaksanakan sepenuhnya menjelang Jun tahun ini dengan pengenalan 48 bas meliputi lapan laluan, dan dijangka memberi manfaat kepada antara 50,000 hingga 150,000 pengguna tetap untuk meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam secara signifikan.

Dalam usaha memperkukuh aset pelancongan, Chan berkata projek menaik taraf kawasan bersejarah Menara Jam Atkinson bernilai RM12 juta telah siap pada September tahun lalu, selain kerja penambahbaikan yang sedang dilaksanakan di Taman Awam Teluk Likas serta Taman Botani Tun Fuad Stephens.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Pembangunan itu juga merangkumi laluan joging dan berbasikal sepanjang 4.3km di kawasan pesisir pantai yang akan menggalakkan gaya hidup sihat di samping memperkukuh daya tarikan ekopelancongan bandar ini,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

Sementara itu, Chan berkata dalam mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri menyampaikan mesej tegas bahawa tidak seharusnya ada alasan bagi kelewatan projek yang berpunca daripada ketidakcekapan atau kerenah birokrasi.

Advertisement
Katanya, Perdana Menteri menegaskan setiap kelewatan akhirnya menjejaskan kualiti hidup rakyat serta merencatkan potensi pertumbuhan dan pembangunan negeri.

Chan turut menyatakan sokongan penuh terhadap seruan Perdana Menteri itu agar semua pihak memikul tanggungjawab memastikan projek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual.

Advertisement
Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan kepada Anwar, Menteri Pengangkutan Anthony Loke serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming atas kepimpinan mereka dalam memacu pelaksanaan inisiatif pembangunan tersebut di bandar ini.

“Saya akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan pembangunan bandar ini bersifat inklusif, mampan dan responsif terhadap keperluan rakyat.

“Kota Kinabalu mempunyai potensi besar. Dengan kerjasama kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, kita mampu memperkukuh kedudukan bandar ini sebagai ibu negeri Sabah yang dinamik, selesa didiami dan berpandangan jauh,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here