Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Lelaki hilang 17 hari di Kiulu
Published on: Friday, March 27, 2026
Published on: Fri, Mar 27, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Lelaki hilang 17 hari di Kiulu
Mangsa Jantanius Paulus, 45, disedari hilang kira-kira jam 1.30 petang pada hari kejadian ketika berada di kebun berhampiran kawasan hutan bersama rakannya.
KIULU: Misteri kehilangan seorang lelaki di Kampung Paka masih belum terungkai apabila mangsa yang dilaporkan hilang sejak 10 Mac lalu gagal ditemukan sehingga kini selepas genap 17 hari.

Mangsa Jantanius Paulus, 45, disedari hilang kira-kira jam 1.30 petang pada hari kejadian ketika berada di kebun berhampiran kawasan hutan bersama rakannya.

Advertisement
Rakan mangsa yang juga pengadu Jefly Bayang, 49, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh pasukan penyelamat selama tujuh hari telah ditamatkan pada 17 Mac lalu tanpa sebarang petunjuk.

Bagaimanapun katanya usaha pencarian masih diteruskan secara persendirian oleh penduduk kampung bersama ahli keluarga mangsa di sekitar lokasi kejadian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sehingga hari ini (Khamis) tiada sebarang petunjuk ditemukan. Namun kami masih berharap dan percaya mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu dan dipercayai kehabisan bekalan ubat yang perlu diambil mengikut jadual ketika kejadian.

Advertisement
Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu dengan menghubungi talian 011-72241153 atau melaporkannya kepada pihak polis berhampiran.

Terdahulu mangsa dilihat kali terakhir pada jam 12.40 tengah hari ketika berehat di pondok kebun sebelum kembali menyambung kerja pembersihan kawasan.

Advertisement
Namun mangsa tidak menyahut panggilan rakannya atau kembali ke pondok sehingga usaha pencarian awal oleh penduduk kampung dilakukan serta laporan dibuat kepada pihak berkuasa.

Operasi SAR yang dijalankan sebelum ini melibatkan pelbagai agensi dengan bantuan orang awam, termasuk penggunaan unit anjing pengesan (K9) bagi menjejaki mangsa di lokasi kejadian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here