Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
GRS tetap kukuh walau ada pemimpin keluar parti
Published on: Tuesday, November 18, 2025
Published on: Tue, Nov 18, 2025
Text Size:
Text:
GRS tetap kukuh walau ada pemimpin keluar parti
Kota Kinabalu: KETUA Menteri merangkap Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa gabungan itu kekal utuh dan kuat meskipun terdapat segelintir pemimpin yang bertindak meninggalkan parti menjelang PRU DU Sabah ke-17.

Beliau berkata, tindakan beberapa individu yang memilih untuk berpindah parti atau bertanding sebagai calon Bebas adalah hak masing-masing, namun tidak menjejaskan kekuatan GRS dalam menghadapi pilihan raya.

Advertisement
“GRS masih intact, masih kuat. Ada yang pindah parti, ada yang jadi calon Bebas, itu hak mereka. Tapi itu tidak menjejaskan kekuatan GRS dalam pilihan raya kali ini. Kita juga ada strategi sendiri.” 

Hajiji berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu melibatkan beberapa pihak yang menarik diri daripada gabungan tertentu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mengenai calon Pakatan Harapan (PH) yang membuat keputusan menarik diri, Hajiji berkata, perkara berkenaan melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan beliau enggan mengulas panjang.

“Itu dia tarik diri, itu parti PH. Saya tidak mahu komen,” katanya.

Advertisement
Bagaimanapun, Hajiji tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan tersebut memberi kelebihan kepada GRS di kerusi yang ditandingi.

Hajiji menegaskan bahawa fokus GRS kini adalah untuk memastikan kestabilan politik, kesinambungan pembangunan serta memastikan gabungan itu memperoleh mandat jelas daripada rakyat Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here