Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
BN Sabah gesa pemimpin bersatu isu hak 40 peratus
Published on: Friday, March 27, 2026
Published on: Fri, Mar 27, 2026
Text Size:
Text:
BN Sabah gesa pemimpin bersatu isu hak 40 peratus
Aziz turut menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung tindakan undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan keputusan Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu sebelum ini.
Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik dan menghargai penjelasan terkini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekali lagi menegaskan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan hak Sabah menerima 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang dikutip dari negeri ini.

Pengarah Strategi dan Komunikasi BN Sabah Datuk Ir Aziz Julkarnain berkata kenyataan tegas Perdana Menteri bahawa hak 40 peratus tersebut adalah “muktamad” dan tidak dipertikaikan memberikan isyarat yang jelas serta meyakinkan kepada rakyat Sabah.

Advertisement
“Selama berdekad-dekad rakyat Sabah secara konsisten menyuarakan aspirasi agar hak-hak negeri yang dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dihormati dan dilaksanakan sepenuhnya.

“Kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan Kerajaan Persekutuan tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak 40 peratus itu sendiri merupakan perkembangan amat positif dan memberi keyakinan bahawa isu yang sekian lama tertangguh ini akhirnya dapat diselesaikan secara konstruktif dan bermakna,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Aziz turut menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung tindakan undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan keputusan Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu sebelum ini.

Menurutnya tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada proses perundangan biasa dan hanya bertujuan mendapatkan penjelasan terhadap beberapa aspek dalam penghakiman khususnya berkaitan dakwaan kesilapan dalam alasan penghakiman bertulis hakim.

Advertisement
“Seperti yang dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri, tindakan ke mahkamah ini sama sekali bukan untuk mencabar atau mempertikaikan hak Sabah terhadap geran khas 40 peratus.

“Sebaliknya ia hanya bertujuan mendapatkan penjelasan terhadap beberapa kenyataan dalam penghakiman yang dilihat menyentuh serta mempertikai peranan tokoh-tokoh terdahulu yang banyak berjasa dalam pembentukan negara dan pembangunan Sabah,” ujarnya.

Advertisement
Beliau berkata penjelasan tersebut penting bagi memastikan rakyat Sabah memahami bahawa komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap hak negeri ini kekal teguh dan tidak berubah.

Pada masa sama Aziz menggesa semua pemimpin di Sabah tanpa mengira fahaman politik agar melihat perkembangan ini dengan semangat kebersamaan dan tanggungjawab.

“Isu hak Sabah bukan isu politik kepartian. Ia adalah isu masa depan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah secara keseluruhan.

“Oleh itu semua pemimpin harus meletakkan kepentingan Sabah mengatasi perbezaan politik,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau mencadangkan agar satu platform meja bulat melibatkan pemimpin-pemimpin Sabah diwujudkan bagi membincangkan secara konstruktif mekanisme teknikal pelaksanaan hak 40 peratus tersebut.

“Jika Sabah dapat tampil dengan suara yang bersatu, matang dan konstruktif ia akan membantu mempercepatkan proses pelaksanaan hak ini serta memastikan aspirasi rakyat Sabah dapat direalisasikan secara adil dan bermaruah,” tambahnya.

Aziz menegaskan bahawa BN Sabah akan terus memainkan peranan secara konstruktif dalam memperkukuhkan kesatuan dalam kalangan pemimpin negeri agar hasil yang menjadi hak Sabah dapat dikembalikan demi pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here