Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Cubaan seludup keluar 60 tong gas LPG di Tawau dipintas
Published on: Monday, March 09, 2026
Published on: Mon, Mar 09, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Cubaan seludup keluar 60 tong gas LPG di Tawau dipintas
TONG gas LPG yang cuba diseludup keluar ke negara jiran.
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini menggagalkan cubaan menyeludup keluar 60 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi ke negara jiran, Sabtu malam.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata bot peronda yang sedang menjalankan Op Pagar Laut dan Op Tiris menerima maklumat risikan mengenai pergerakan mencurigakan bot itu di kawasan terbabit.

Advertisement
Bot peronda itu diarahkan ke lokasi yang dikenal pasti dekat Jeti Batu 3, Tawau menuju ke Pulau Sebatik sekitar pukul 9.00 malam.

“Semasa percubaan bot peronda untuk memintas, juragan bot berkenaan bertindak melarikan diri dengan memusingkan arah bot dan menuju kembali ke pesisir pantai lalu melompat meninggalkan bot bersama muatannya,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pemeriksaan lanjut terhadap bot terbabit mendapati 60 tong gas LPG yang berisi dipercayai cuba diseludup keluar tanpa permit sah. 

Bot kargo dan enjin bot serta kesemua muatannya yang dianggarkan bernilai RM53, 800 dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Advertisement
Ariffin berkata permintaan untuk barang-barang dari Tawau semakin meningkat menjelang musim perayaan menjadikannya sasaran menarik bagi sindiket penyeludupan.

Tambahnya, sindiket itu menggunakan waktu malam yang sunyi untuk menjalankan aktiviti mereka dengan harapan dapat mengelakkan dikesan pihak berkuasa. 

Advertisement
Bagaimanapun, katanya, APMM komited mempertingkatkan penguatkuasaan dari masa ke masa bagi membanteras jenayah rentas sempadan, terutamanya di perairan Tawau, khususnya ketika musim perayaan yang kerap disalahgunakan oleh sindiket penyeludupan.

Beliau mengajak orang awam untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut kepada Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di 089-750116 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here