Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Membentuk pemimpin wanita masa depan
Published on: Friday, March 27, 2026
Published on: Fri, Mar 27, 2026
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Membentuk pemimpin wanita masa depan
FASILITATOR Adna (kiri) bersama Kiob (dua dari kiri) dan Goh (dua dari kanan) ketika sidang media Women at Work (W@W) Leadership Masterclass 2.0: Give to Gain.
Kota Kinabalu: Program Women at Work (W@W) Leadership Masterclass 2.0: Give to Gain kembali dianjurkan bagi menyediakan pembangunan profesional bagi golongan wanita sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Pengerusi penganjur Marianne Kiob berkata keyakinan di tempat kerja merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari, dilatih dan diperkukuhkan, namun peluang pembangunan kepimpinan secara tersusun bagi wanita masih terhad.

Advertisement
“Ramai wanita sebenarnya memiliki kemahiran tetapi ruang yang tersusun untuk mengenal pasti, membangunkan dan menonjolkan kebolehan tersebut dengan yakin sering tiada.

“Ramai wanita meragui diri sendiri bukan kerana kurang keupayaan tetapi kerana mereka belum benar-benar memahami kekuatan yang dimiliki. Program ini bertujuan membantu peserta memperoleh kejelasan, suara yang lebih yakin serta keberanian untuk memimpin,” katanya ketika sidang media pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
The three-day course will feature six interconnected modules facilitated by accredited practitioners, including Leadership Development, Emotional Intelligence (EQ), Leonard Personality Inventory (LPI), Managing Inner and Outer Critic, Walk and Talk with Confidence, and Colour Confidence Workshop, ending with a professional portrait photoshoot.

Kiob berkata modul EQ dan LPI yang merupakan rangka kerja penilaian personaliti yang diiktiraf di peringkat global, membantu peserta memahami gaya komunikasi, corak tingkah laku serta kekuatan dalam hubungan, yang menjadi asas penting kepada kepimpinan berkesan.

Advertisement
“Program EQ mengajar peserta mengawal emosi sendiri serta memahami emosi orang lain, satu keupayaan penting bagi pemimpin yang berkesan,” katanya sambil menambah kemahiran ini amat berguna khususnya bagi wanita yang mengimbangi tanggungjawab kerjaya dan keluarga.

Dalam pada itu pengasas Zara’s Boutique Hotel Datuk Eliza Goh dan penganjur bersama menggalakkan wanita daripada pelbagai bidang untuk menyertai program ini sambil menegaskan format kumpulan kecil membolehkan perhatian lebih peribadi dan impak yang lebih besar.

Advertisement
Menurutnya majikan juga mendapat manfaat daripada program tersebut, dengan memberi contoh seorang pekerja yang pernah menyertainya dan kemudian muncul sebagai pemimpin dalam organisasinya.

Beliau berkata latihan seperti ini membantu wanita meningkatkan prestasi profesional di samping memberi inspirasi kepada orang lain.

Eliza turut menggesa wanita dalam sektor swasta dan kerajaan agar merebut peluang tersebut, sambil mengingatkan bahawa organisasi boleh mengalami kerugian jika tidak menyokong penyertaan kakitangan dalam program pembangunan seperti ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here