Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
40 peratus: Pemimpin PGRS harap Kerajaan Persekutuan tarik balik rayuan
Published on: Sunday, March 15, 2026
Published on: Sun, Mar 15, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
40 peratus: Pemimpin PGRS harap Kerajaan Persekutuan tarik balik rayuan
Mazlan yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri berkata, penyelesaian terhadap isu berkenaan penting kerana rakyat Sabah hanya menuntut hak yang telah dipersetujui ketika pembentukan Malaysia dan tiada langsung berniat untuk mengambil hak pihak lain.
BEAUFORT: Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Lumadan, Datuk Mazlan Joehari Manan berharap kerajaan Persekutuan menarik balik rayuan penangguhan yang difailkan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung hak 40 peratus hasil Sabah, sebelum ini.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi menghormati keputusan mahkamah bertarikh 17 Oktober 2025 berkaitan tuntutan hak 40 peratus hasil negeri seperti diperuntukkan kepada Sabah yang sebarang keputusan mengenainya perlu diselesaikan dalam tempoh 180 hari, iaitu kira-kira 15 April depan.

Advertisement
Menurutnya, kerajaan negeri melalui Pejabat Peguam Besar Sabah juga sudah menyatakan pendirian untuk membantah permohonan yang difailkan oleh kerajaan Persekutuan melalui Peguam Negara itu.

“Saya berharap kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan untuk menarik balik rayuan berkenaan bagi membuka ruang kepada perbincangan yang lebih komprehensif dan berkesan untuk menyelesaikan masalah tuntutan 40 peratus yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sesuai dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebelum ini.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here