Sat, 23 May 2026
Headlines:
3,000 penduduk Nabawan terputus hubungan akibat banjir kilat
Published on: Thursday, May 21, 2026
Published on: Thu, May 21, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
3,000 penduduk Nabawan terputus hubungan akibat banjir kilat
DECKSON (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan bahan makanan Pengerusi JKKK Kampung Salarom Baru Ambilek Omopor.
NABAWAN: Hampir 3,000 penduduk di enam kampung dalam Mukim Pemuntarian terputus hubungan akibat banjir kilat yang masih belum surut sejak Isnin.

Semua kampung terjejas ialah Kampung Ulu Mosopoh, Kalayunan, Salarom Baru, Nakuyung, Pamuntarian dan Tiang.

Advertisement
Kenderaan yang membawa barangan juga terpaksa memindahkan muatan ke kenderaan lain selepas jalan dari pekan Nabawan ke Jalan Pamuntarian tidak lagi dapat dilalui sepenuhnya.

Banjir turut menjejaskan pergerakan harian penduduk termasuk akses kepada perkhidmatan kesihatan dan keperluan asas, manakala guru juga menghadapi kesukaran untuk melapor diri di Sekolah Kebangsaan (SK) Pementarian dan SK Ulu Mosopoh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bantuan berupa bekalan makanan kering dan basah disalurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin dan Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Adun Tulid Jordan Jude Ellron.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai berkata bantuan segera itu bertujuan membantu penduduk terjejas sementara menunggu bantuan lanjut kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Advertisement
“Sumbangan ini diharap dapat membantu keluarga yang terputus hubungan akibat banjir sementara menunggu keadaan kembali pulih,” katanya.

Ketua Kampung Salarom Baru Lumababai Antawor merakamkan penghargaan atas bantuan yang diberikan. 

Advertisement
Beliau berkata penduduk tidak dapat ke pekan Nabawan sejak Sabtu lalu selepas jalan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan.

Pengerusi JKKK Kampung Salarom Baru Ambilek Omopor turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang bekalan makanan kepada penduduk terjejas.

Sementara itu Pegawai Daerah Tenom merangkap Pengerusi JPBD Tenom, Alexender Liew berkata hujan lebat pada malam Isnin menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar pekan Tenom dan kampung berhampiran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here