Thu, 14 May 2026
Headlines:
Nabawan dan Pagalungan mahkotakan Unduk Ngadau
Published on: Wednesday, May 13, 2026
Published on: Wed, May 13, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Nabawan dan Pagalungan mahkotakan Unduk Ngadau
SAHIRA (kiri) dan Kerishine yang mewakili Nabawan dan Pagalungan ke Unduk Ngadau peringkat negeri.
NABAWAN: Sahira Samson, 21, dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan 2026 yang berlangsung di dewan terbuka Majlis Daerah di sini, baru-baru ini.

Sahira yang merupakan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan kini sedang menunggu panggilan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi berjaya menambat hati juri menerusi penampilan serta keyakinannya sepanjang pertandingan itu.

Advertisement
Naib johan pula disandang oleh guru Kerishine Danil, 27. Kerishine merupakan graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang komunikasi.

Sahira dan Kerishine masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 dan RM6,000 berserta trofi, jambangan bunga dan hadiah iringan yang lain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mereka, masing-masing, akan mewakili Nabawan dan Pagalungan ke pertandingan peringkat negeri di Hongkod Koisaan Penampang hujung bulan ini.

Tempat ketiga disandang oleh Gracesya Novahenelyn Angin, 18, membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 berserta trofi, jambangan bunga dan hadiah iringan yang lain.

Advertisement
Gracesya lepasan SPM dan sedang menunggu panggilan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, tempat keempat hingga ketujuh masing-masing dimenangi oleh Rina Rudy, Naina Saudi, Herleeyean Chaney Stimus dan Whitnefeoreza Welleamson.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here