Fri, 22 May 2026
Headlines:
Ibu bapa Zara masih sah berkahwin namun tinggal berasingan
Published on: Wednesday, May 20, 2026
Published on: Wed, May 20, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Ibu bapa Zara masih sah berkahwin namun tinggal berasingan
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner pada Selasa diberitahu bahawa ibu bapa Allahyarham Zara Qairina Mahathir masih sah berkahwin walaupun sudah tinggal berasingan sejak Zara berusia sekitar tiga atau empat tahun.

Ibu saudara Zara, Nur Shira Abdullah berkata demikian ketika disoal Pegawai Pengendali, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari berhubung status perkahwinan ibu bapa remaja itu.

Advertisement
Fairuz: “Sebelum berkahwin dengan bapa Zara, adakah ibu Zara pernah berkahwin sebelum ini?”

Nur Shira: “Tidak.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Fairuz: “Adakah mereka masih berkahwin?”

Nur Shira: “Sehingga hari ini mereka masih berkahwin.”

Advertisement
Fairuz: “Adakah puan tahu sama ada ibu bapa Zara masih tinggal bersama?”

Nur Shira: “Saya tahu bapa dan ibu Zara tidak tinggal serumah sejak Zara berusia sekitar tiga hingga empat tahun.”

Advertisement
Fairuz: “Walaupun tidak tinggal bersama, adakah puan tahu sama ada bapa Zara kerap melawatnya?”

Nur Shira: “Saya tahu bapa Zara tidak datang melawatnya.”

Fairuz: “Bagi pihak bapa Zara, adakah perkahwinannya dengan Puan Noraidah juga merupakan perkahwinan pertama?”

Nur Shira: “Setahu saya bapa Zara pernah berkahwin sebelum ini kemudian bercerai dan selepas itu berkahwin dengan ibu Zara.”

Fairuz: “Adakah puan tahu di mana bapa Zara berada sekarang?”

Nur Shira: “Saya hanya tahu dia berada di Sabah.”

Fairuz: “Adakah puan tahu sama ada Zara mempunyai adik-beradik tiri?”

Nur Shira: “Ya. Setahu saya dan saya pernah bertemu mereka, ada dua orang. Saya tidak pasti umur mereka.”

Fairuz: “Adakah puan tahu bagaimana hubungan Zara dengan adik-beradik tirinya?”

Nur Shira: “Saya tidak pasti tetapi saya tahu Zara hanya bertemu kakak tirinya ketika berusia lapan bulan. Itu kali pertama dan juga kali terakhir.”

Fairuz: “Maksudnya jika mereka ada berhubung selepas itu, puan tidak dapat mengesahkannya?”

Nur Shira: “Betul.”

Beliau turut bersetuju dengan Fairuz bahawa pengguna akaun Facebook yang membuat komen secara sewenang-wenangnya tidak dapat dikawal dan mengakui apabila beliau sendiri membuat hantaran di media sosial, tiada siapa yang mengawalnya.

Nur Shira juga bersetuju bahawa kebanyakan perkara yang diceritakannya adalah berdasarkan cerita daripada Zara dan beliau tidak mempunyai pengetahuan secara langsung mengenai bagaimana insiden sebenar berlaku.

Menjawab soalan peguam Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip, Nur Shira berkata beliau pernah bertanya kepada Zara sama ada bapanya pernah menghubunginya namun Zara menjawab tidak.

Menurutnya lagi Zara turut memaklumkan bahawa bapanya sudah lama tidak menemuinya.

Prosiding bersambung pada Rabu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here