Wed, 20 May 2026
Headlines:
Projek infra, mitigasi banjir di Penampang siap masa terdekat
Published on: Tuesday, May 19, 2026
Published on: Tue, May 19, 2026
Text Size:
Text:
Projek infra, mitigasi banjir di Penampang siap masa terdekat
PENAMPANG: Beberapa projek pembangunan infrastruktur dan mitigasi banjir di Penampang berjalan lancar dan dijangka siap dalam masa terdekat, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata beberapa projek pembangunan infrastruktur penting kini sedang rancak berjalan dan giat dilaksanakan termasuk pembinaan Tamu Donggongon yang terbengkalai sejak sekian lama dan Kapayan Square.

Advertisement
“Kerja-kerja pendalaman dan pelebaran Parit Donggongon kini siap sepenuhnya sekali gus mengurangkan kegusaran warga Penampang terhadap risiko banjir.

“Fasa seterusnya bagi projek mitigasi banjir di Penampang juga sudah pun diluluskan untuk diteruskan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13),” katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang di Buhavan Square, Donggongon, di sini pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengenai aspek perhubungan luar bandar, Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata Jambatan Babagon Timbangon kini sedia digunakan sepenuhnya oleh penduduk.

“Selain itu, projek pembinaan Jalan Terian-Buayan di kawasan Terian juga sedang berjalan lancar dan menunjukkan kemajuan positif,” ujarnya. 

Advertisement
Menyentuh aspek ekonomi, Ewon berkata kekangan keluasan tanah bagi kawasan industri kecil di Penampang memerlukan pendekatan baharu khususnya dalam kalangan usahawan tempatan. Beliau menggalakkan usahawan Penampang meneroka peluang perniagaan di kawasan taman perindustrian lain termasuk di Kota Kinabalu, Pusat Perindustrian Minyak Sawit (POIC), Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip), Kudat dan Kota Belud bagi memperluaskan potensi ekonomi mereka.

Katanya langkah itu penting supaya aktiviti ekonomi dan perniagaan usahawan tempatan tidak terus tertumpu di Penampang sahaja sebaliknya mampu berkembang ke tahap lebih tinggi.

Advertisement
Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog Datuk Donald Peter Mojuntin, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar II Datuk Juil Nuatim, Timbalan Presiden KDCA Clarence Bongkos Malakun dan Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPP) Noemi Dyena John Trent.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here