Mon, 18 May 2026
Headlines:
Cadangan tambah KDMR dengan ‘S’ untuk Sungai
Published on: Sunday, May 17, 2026
Published on: Sun, May 17, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Cadangan tambah KDMR dengan ‘S’ untuk Sungai
Kata James pengiktirafan melalui penambahan huruf ‘S’ bukan sekadar perubahan singkatan tetapi membawa makna besar dari segi penghormatan terhadap identiti dan sumbangan etnik itu kepada negeri ini.
PAITAN: Naib Presiden 1 Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Datuk James Ratib mencadangkan agar singkatan KDMR yang merujuk kepada Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus ditambah dengan huruf ‘S’ bagi mewakili etnik Sungai sekali gus menjadi KDMRS.

Beliau berkata cadangan itu dikemukakan sebagai pengiktirafan terhadap masyarakat Sungai yang merupakan antara suku di bawah rumpun Paitanik serta salah satu etnik utama di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur.

Advertisement
Menurutnya penambahan huruf ‘S’ penting bagi memastikan masyarakat Sungai turut diiktiraf secara rasmi dalam kelompok etnik pribumi terbesar di negeri ini.

“Sememangnya perlu dimasukkan ‘S’ kerana suku Sungai juga adalah salah satu etnik dalam rumpun KDMR dan jumlah mereka antara yang paling ramai di Sabah terutama di Pantai Timur.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Walaupun sebutan KDMRS mungkin sedikit panjang namun ia tidak menjadi masalah asalkan semua etnik berasa dihargai,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Daerah Paitan yang dirasmikan Joseph Pairin Kitingan pada 14 Mei.

James yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut berkata masyarakat Sungai mempunyai sejarah, budaya dan warisan tersendiri serta memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ekonomi dan budaya Sabah.

Advertisement
Katanya pengiktirafan melalui penambahan huruf ‘S’ bukan sekadar perubahan singkatan tetapi membawa makna besar dari segi penghormatan terhadap identiti dan sumbangan etnik itu kepada negeri ini.

“Etnik Sungai mempunyai adat, bahasa dan tradisi yang unik. Mereka adalah sebahagian daripada kekuatan masyarakat pribumi Sabah dan wajar diberikan tempat yang setara dalam apa juga bentuk representasi kebudayaan.

Advertisement
“Malah saya sendiri mewakili suku Sungai menjadi antara kepimpinan tertinggi dalam KDCA iaitu sebagai Naib Presiden 1,” ujarnya.

Beliau berkata pengiktirafan yang lebih inklusif akan meningkatkan semangat kekitaan dalam kalangan generasi muda untuk terus memelihara identiti budaya masing-masing.

“Justeru setiap kaum harus diberikan penghormatan sewajarnya agar warisan dapat terus dipertahankan untuk generasi akan datang,” katanya menambah masyarakat Sungai melihat langkah itu sebagai penghormatan besar terhadap identiti mereka.

Untuk rekod singkatan KDMR digunakan secara meluas bagi merujuk empat kumpulan etnik utama di Sabah iaitu Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus. 

Jika cadangan itu diterima KDMRS akan turut merangkumi masyarakat Sungai sebagai sebahagian daripada komponen penting dalam landskap budaya dan sosial negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here