Mon, 25 May 2026
Headlines:
Wanita, 72, maut kebakaran rumah di Papar
Published on: Saturday, May 23, 2026
Published on: Sat, May 23, 2026
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Wanita, 72, maut kebakaran rumah di Papar
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran itu.
PAPAR: Seorang wanita berusia 72 tahun maut selepas sebuah rumah separuh kekal dua tingkat terbakar di Kampung Seri Tanjung, Pengalat Kecil, di sini, pagi Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, tujuh anggota diketuai Pegawai Kanan Dahlan Jainudin dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.29 pagi dan tiba pada di lokasi 4km dari balai itu pada jam 6.35 pagi.

Advertisement
Apabila tiba, beliau berkata pasukan segera menjalankan operasi mengawal kebakaran walaupun mendapati rumah itu sudah 90 peratus dijilat api.

“Pada jam 7.57 pagi, anggota menemui seorang wanita warga emas dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bilik air rumah berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, dipercayai disebabkan kesukaran bernafas ketika kebakaran berlaku,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.30 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.30 pagi.

Advertisement
Operasi turut dibantu agensi lain, termasuk polis dan kakitangan Sabah Electricity.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here