Mon, 25 May 2026
Headlines:
Lelaki direman bantu siasatan kes pecah masuk kedai 
Published on: Saturday, May 23, 2026
Published on: Sat, May 23, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Lelaki direman bantu siasatan kes pecah masuk kedai 
RANAU: Seorang lelaki berusia 29 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kes pecah masuk sebuah kedai di Kampung Luanti Baru, di sini, yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM1,200.

Kejadian disedari pengadu berusia 63 tahun, yang juga Wakil Ketua Anak Negeri Ranau, kira-kira jam 4.45 petang ketika pulang ke kedainya yang terletak berhampiran jalan utama.

Advertisement
Sebaik tiba di lokasi, pengadu mendapati sebuah kereta rosak diparkir di hadapan premisnya, membangkitkan rasa curiga kedainya dipecah masuk.

Siasatan awal mendapati premis tanpa nombor itu dipercayai dimasuki selepas suspek mengumpil pintu hadapan kedai untuk keluar dan masuk.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Walaupun kedai berkenaan tidak lagi beroperasi sejak Februari lalu, premis itu masih menyimpan pelbagai peralatan dapur dan barangan lain untuk dijual milik pengadu.

Dalam kejadian itu, pengadu cuba menghalang kenderaan digunakan suspek, namun lelaki terbabit berjaya melarikan diri menggunakan Proton Ativa berwarna hitam.

Advertisement
Pada hari sama kira-kira jam 11.30 malam, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau berjaya menahan suspek di hadapan IPD Ranau.

Suspek yang berasal dari Kampung Kirokot di sini direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk atau menceroboh

Advertisement
Pihak berkuasa turut giat mengesan kenderaan yang digunakan suspek selain mengumpul maklumat tambahan bagi melengkapkan siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here