TAWAU: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila menyedari dirinya sedang diintai di bilik mandi oleh seorang lelaki tidak dikenali di PPR Taman Sri Bukit Tawau, Gudang 4, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa segera membuat laporan polis.
Susulan itu, seorang lelaki tempatan berumur 30an ditahan
(gambar) sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau dan Balai Polis Bombalai kerana disyaki terlibat kes tersebut.
“Suspek berjaya dikesan hasil semakan terhadap Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Polis turut merampas sehelai baju dan seluar disyaki pakaian yang digunakan suspek semasa menghendap mangsa.
Jasmin berkata, suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.