Mon, 18 May 2026
Headlines:
Penduduk Kampung Petagas digesa waspada buaya
Published on: Saturday, May 16, 2026
Published on: Sat, May 16, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Penduduk Kampung Petagas digesa waspada buaya
BUAYA dikesan di Sg Petagas.
Kota Kinabalu: Penduduk Kampung Petagas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, terutama ketika menjalankan aktiviti harian, susulan kemunculan buaya yang disahkan di sepanjang Sungai Petagas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Petagas Baru, Awlie Majid berkata, walaupun setakat ini belum berlaku sebarang kejadian serangan terhadap manusia, ternakan di kawasan itu dilaporkan telah menjadi mangsa reptilia tersebut.

Advertisement
Susulan kejadian itu, sepasukan anggota Jabatan Hidupan Liar berjaya menangkap seekor buaya dianggarkan berukuran kira-kira tiga meter panjang.

Bagaimanapun, lebih 20 ekor buaya dipercayai masih berada di sungai berkenaan, dengan beberapa daripadanya dilihat bebas berkeliaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru, saya menasihatkan penduduk, khususnya nelayan, supaya lebih berhati-hati ketika menaiki bot untuk keluar ke laut dan mengelakkan daripada mandi di sungai,” katanya.

Awlie turut menggesa orang ramai agar melarang kanak-kanak mandi di sungai itu berikutan risiko serangan buaya.

Advertisement
Beliau berkata, Jabatan Hidupan Liar sedang berusaha menangkap buaya berkenaan dan giat memasang perangkap bagi tujuan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here