Sun, 24 May 2026
Headlines:
Beaufort diisytihar kawasan bencana banjir, lebih 200 mangsa dipindah
Published on: Thursday, May 21, 2026
Published on: Thu, May 21, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Beaufort diisytihar kawasan bencana banjir, lebih 200 mangsa dipindah
BEAUFORT: Daerah ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana pada Selasa susulan banjir semula selepas paras air sungai meningkat ke tahap berbahaya.

Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun, berkata paras air mencecah 9.50 meter pada jam 7.30 pagi, melepasi paras bahaya 8.70 meter.

Advertisement
Beliau berkata, seramai 69 ketua isi rumah (KIR) membabitkan 201 mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon dari beberapa kampung terjejas.

Mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 40 lelaki dewasa, 69 wanita dewasa, 47 kanak-kanak lelaki, 40 kanak-kanak perempuan, seorang bayi lelaki, empat bayi perempuan, empat lelaki warga emas, 14 wanita warga emas, empat lelaki orang kurang upaya (OKU) dan dua wanita OKU.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Antara kampung terjejas ialah Kampung Suasa, Kampung Bingkul, Kampung Luagan, Kampung Padas Valley, Kampung Bangkalalak, Kampung Jabang, Kampung Lago, Kampung Balibata, Kampung Kangsa dan Kampung Bakalau.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Ishak Jabas, berkata semua anggota, jentera dan aset logistik telah digerakkan sepenuhnya bagi membantu mangsa banjir.

Advertisement
Beliau berkata, sebanyak 45 kampung di daerah itu terjejas akibat banjir, membabitkan kawasan Klias dan Lumadan.

Di kawasan Klias, kampung terjejas termasuk Kampung Binunuk, Kampung Balibata, Kampung Padas Valley, Simpang 4 Chan Furniture, Kampung Bakalau, Kampung Melalugus, Kampung Melati, Kampung Lumatai, Kampung Mempagar, Kuarters SESB, Kuarters Kereta Api, Kampung Batu 58, Kampung Batu 60, Kampung Batu 65, Kampung Jempagah, Kampung Kitalabak Lumatai, Kampung Laboi, Kampung Bingkul, Kampung Mapait, Kampung Limbawang, Kampung Lajau, Kampung Luagan Sanginan, Kampung Cina, Kampung Kebulu dan Kampung Menanjung.

Advertisement
Di kawasan Lumadan pula, kampung terlibat ialah Kampung Sungkadan, Kampung Batandok Lubak, Kampung Lawa, Kampung Lago, Kampung Suasa, Kampung Kangsa, Kampung Berumbai, Kampung Poring Lupak, Kampung Lupak, Kampung Bangkalalak, Kampung Tuhu, Kampung Selinseng, Kampung Beringin, Kampung Kabajang Ulu, Kampung Kukup, Kampung Jabang, Kampung Mentulud dan Kampung Lupak Seberang.

Banjir turut menyebabkan beberapa jalan utama terputus hubungan. Di kawasan Klias, laluan terjejas termasuk Jalan Kampung Bingkul, Jalan Limbawang Bypass, Jalan Kampung Binunuk, Jalan Kampung Balibata, Jalan Simpang 4 Chan Furniture, Jalan Melalugus, Jalan Laboi, jalan di hadapan balai bomba baharu, Jalan Mahkamah dan jalan ke Batu 60 yang hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Di kawasan Lumadan, jalan yang terjejas ialah Jalan Kampung Batandok Lubak, Jalan Kampung Lawa, Jalan Kampung Bangkalalak, Jalan Kampung Lago dan Jalan Kampung Suasa.

Beberapa sekolah turut terjejas termasuk SMK J.L. Lian Hwa, SM St Paul, SM St John, Sekolah Kebangsaan Suasa dan Sekolah Kebangsaan Lago.

Ishak menasihatkan penduduk supaya terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Penduduk dinasihatkan supaya tidak membenarkan kanak-kanak bermain di kawasan banjir, menyimpan dokumen penting di tempat kalis air dan bersedia untuk berpindah apabila diarahkan,” katanya.

Operasi menyelamat melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan penggunaan bot penyelamat serta lori.

Mangsa di PPS pula dibantu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia serta agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here