PENAMPANG: Pramugari AirBorneo Gadrette Gregory dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Daerah Penampang yang berlangsung pada Sabtu.
Gadis yang berasal dari Kampung Babagon itu berjaya menewaskan 11 peserta lain sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM8,000, mahkota, piala serta beg kraftangan tradisi khas.
Advertisement
X500px(H).jpg)
Ketika ditemui Gadrette menyatakan hasrat untuk mempromosikan keunikan daerah Penampang kepada masyarakat luar selain berharap agar kemenangan tersebut dapat meletakkan kerjayanya dalam industri penerbangan agar lebih dikenali ramai.
Sementara itu naib johan disandang Rachel Barbara Gadior yang membawa pulang wang tunai RM5,000 bersama piala dan beg kraftangan manakala tempat ketiga pula dimenangi Arabella Grace Leonard Hollip dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, piala dan beg kraftangan.
Pertandingan tersebut merupakan acara kemuncak sambutan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Penampang yang menyaksikan penyertaan 12 orang peserta akhir.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Parlimen Penampang.