Sun, 24 May 2026
Headlines:
Ahli pertubuhan haram didenda RM4,000
Published on: Friday, May 22, 2026
Published on: Fri, May 22, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Ahli pertubuhan haram didenda RM4,000
Pertuduhan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM15,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 33 tahun didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis kerana menjadi ahli pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Al Azmi mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan Kappa Rho Kappa/Knights Right Keppers (KRK), sebuah pertubuhan yang diisytiharkan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Advertisement
Kesalahan itu dilakukan di kawasan parkir hadapan balai polis kira-kira jam 10 pagi pada 20 April lalu.

Pertuduhan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM15,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa sepasukan polis menjalankan operasi di lokasi tersebut sebelum menahan Al Azmi.

Pemeriksaan polis mendapati terdapat kesan lecur pada ibu jari kanan tertuduh yang dipercayai sebagai tanda keahlian dalam kumpulan KRK.

Advertisement
Al Azmi secara sukarela mengaku menjadi ahli kumpulan itu sejak Oktober 2009 dan pernah menjalani upacara “paddling” sebagai sebahagian daripada proses kemasukan kumpulan berkenaan.

Siasatan lanjut berdasarkan pengakuan dan pemeriksaan dijalankan mendapati tertuduh terlibat dengan pertubuhan haram yang telah diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Advertisement
Sementara itu seorang lelaki berusia 49 tahun yang mengaku menghina kesopanan seorang wanita dengan menghantar kandungan lucah melalui WhatsApp dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama setahun tanpa penjamin serta jaminan RM2,000 tanpa deposit.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali membuat perintah itu terhadap Jamal Ladau mengikut Seksyen 173A(2)(b) Kanun Tatacara Jenayah.

Jamal mengaku bersalah menghantar imej lucah dan mesej tidak senonoh ke dalam satu kumpulan WhatsApp sehingga dilihat orang lain sekali gus mengaibkan seorang wanita berusia 44 tahun.

Kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu dilakukan berhampiran kawasan pintu pagar Cybercity 2, Penampang kira-kira jam 5 petang pada 16 Februari 2024.

Peguam Datuk Ram Singh kemudian memaklumkan media bahawa pihaknya telah memaklumkan mahkamah mengenai rundingan pengakuan bersalah yang diterima pihak pendakwaan.

Beliau berkata ketika rayuan mitigasi pihak pembelaan memohon bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 173A(2) Kanun Tatacara Jenayah atas alasan Jamal menyesal dengan perbuatannya dan tindakan itu tidak disengajakan.

Turut bersama beliau ialah Prem Elmer Ganasan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here