Wed, 20 May 2026
Headlines:
Harga rumah baharu dijangka meningkat
Published on: Tuesday, May 19, 2026
Published on: Tue, May 19, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Harga rumah baharu dijangka meningkat
Wong berkata, harga bahan binaan turut meningkat berikutan kenaikan kos pengeluaran berkaitan bahan api.
Kota Kinabalu: Orang ramai yang merancang membeli rumah atau melabur dalam hartanah disaran berbuat demikian sekarang, sebelum harga projek baharu meningkat susulan kenaikan harga bahan api global dan kos pembinaan.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda), Datuk Johnny Wong Chen Yee berkata, ketegangan geopolitik berikutan konflik Iran di Asia Barat yang dijangka berlarutan sehingga setahun lagi telah mencetuskan peningkatan ketara harga bahan api tanpa subsidi, sekali gus menjejaskan sektor pembinaan dan pembuatan.

Advertisement
Beliau berkata, pemaju kini berdepan tekanan kos yang semakin meningkat kerana jentera pembinaan banyak bergantung kepada diesel tanpa subsidi, yang harganya naik daripada sekitar RM2.80 hingga RM3 seliter sebelum ini kepada RM5.80 hingga RM6 seliter.

“Keadaan ini menjejaskan keseluruhan rantaian pembinaan, dari peringkat awal pembangunan sehingga siap,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 Shareda, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Wong berkata, harga bahan binaan turut meningkat berikutan kenaikan kos pengeluaran berkaitan bahan api.

Katanya, harga sesetengah bahan meningkat antara 25 hingga 60 peratus, manakala produk berasaskan bahan api seperti cat naik sehingga 60 hingga 100 peratus.

Advertisement
“Produk plastik seperti paip air PVC juga meningkat antara 40 hingga 60 peratus,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan kos bahan dan operasi telah meningkatkan kos pembangunan keseluruhan antara 20 hingga 30 peratus, sekali gus menekan margin keuntungan pemaju.

Advertisement
Katanya, harga hartanah kediaman masih tertakluk kepada kelulusan kerajaan, di mana pemaju perlu mengemukakan butiran kos kepada pihak berkuasa tempatan, dengan margin keuntungan dihadkan antara 25 hingga 30 peratus.

Beliau berkata projek akan datang pastinya akan menyaksikan kenaikan harga jualan, khususnya pembangunan baharu.

“Nasihat saya kepada orang ramai, lebih baik beli sekarang kerana banyak unit sedia ada sudah siap atau hampir siap dan harganya masih terkawal.

“Bagi pembangunan hartanah baharu, harga pasti meningkat sekurang-kurangnya 15 hingga 30 peratus,” katanya.

Mengenai perkara lain, Wong berkata Shareda memperkukuh usaha mempromosikan pembangunan lestari di Sabah menerusi kerjasama dalam inisiatif pensijilan hijau bagi menggalakkan projek hartanah mesra alam.

Katanya, Shareda bekerjasama rapat dengan GreenRE, antara badan pensijilan hijau utama di Malaysia, untuk memperluaskan pembangunan yang mendapat pensijilan hijau di Sabah.

Beliau berkata GreenRE kini merangkumi kira-kira 80 peratus kawasan pembangunan yang diperakui hijau di Malaysia, menjadikannya badan pensijilan terbesar dalam sektor itu.

“Pensijilan hijau adalah salah satu cara membantu melindungi alam sekitar. Sabah sememangnya terkenal dengan sumber semula jadi dan persekitaran hijau, jadi ini antara usaha untuk mengekalkannya,” katanya.

Beliau menambah, pembangunan yang mendapat pensijilan hijau turut memberi manfaat kepada pemaju dari segi kewangan susulan galakan kerajaan dan institusi kewangan terhadap projek mampan menerusi pembiayaan hijau.

Katanya, Shareda akan terus berunding dengan kerajaan bagi mendapatkan lebih banyak insentif yang boleh memberi manfaat kepada pembeli rumah dan pengguna akhir.

Pameran hartanah Shareda yang dijadual berlangsung dari 10 hingga 12 Julai dijangka menampilkan pelbagai peluang pemilikan rumah dan pelaburan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here