Sat, 23 May 2026
Headlines:
Festival budaya dan warisan Sabah, Sarawak di Kuala Lumpur
Published on: Thursday, May 21, 2026
Published on: Thu, May 21, 2026
By: Lorena Binisol
Text Size:
Text:
Festival budaya dan warisan Sabah, Sarawak di Kuala Lumpur
Sukaseni Founder Raffy Syazwan.
Kota Kinabalu: Festival Borneo Native (BNF) 2026: Reunited akan berlangsung bermula 22 hingga 24 Mei di Pusat Seni (Central Market) Kuala Lumpur.

Festival berkenaan akan menghimpunkan kepelbagaian budaya dan warisan komuniti pribumi dari Sabah dan Sarawak dalam sebuah festival yang penuh warna, interaktif serta bermakna.

Advertisement
Acara berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Sukaseni Kuala Lumpur dan menandakan edisi kelima adalah cerminan mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkenalkan, memelihara dan meraikan keunikan budaya etnik Borneo kepada masyarakat umum khususnya generasi muda serta komuniti di Kuala Lumpur.

Pengasas Sukaseni Raffy Syazwan menyatakan festival tahun ini bertujuan memperkasakan lagi penglibatan rakyat Malaysia terutamanya diaspora Borneo dalam usaha menghubungkan semula akar budaya mereka sambil mengukuhkan usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya yang berdaya saing melalui sokongan berterusan daripada pelbagai pihak berkepentingan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sepanjang tiga hari acara pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan kebudayaan tradisional, pameran kraf, bengkel interaktif serta jualan produk oleh usahawan Borneo.

Tahun ini BNF kembali dengan persembahan spektakular seni tradisional, persembahan budaya, kraf warisan, dan citarasa autentik Borneo. Dari Pesta Kaamatan dan Regatta Lepa di Sabah hingga ke Hari Gawai dan Pesta Kaul di Sarawak, festival ini menghimpunkan keindahan tradisi Malaysia Timur dalam satu perayaan meriah.

Advertisement
Edisi kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan terkenal seperti Mimifly, Marsha Milan, Naki, Munirih Jebeni, Tuni Sundatang, Alena Murang, Dabra Sia, serta Sape Ambassador dari Yayasan Perpaduan Sarawak, di samping pelbagai persembahan istimewa lain yang bakal menghangatkan pentas festival.

BNF in KL from 22-24 May 2026Antara sorotan utama festival termasuk: Pertandingan Ratu Etnik (Miss Ethnic Pageant), Pertandingan Tarian Kreatif Borneo, Bengkel Kraf Tradisional, Perarakan Tradisional Borneo Troops, serta persembahan langsung oleh Tuni Sundatang, Alena Murang, Dabra Sia, dan ramai lagi.

Advertisement
“Harapan saya tahun ini adalah untuk memperkasakan lagi penglibatan rakyat Malaysia khususnya diaspora Borneo, agar mereka dapat kembali merasai kehangatan tanah air sambil memberi peluang kepada semua untuk menghargai kekayaan warisan budaya kita.

Saya juga berharap lebih banyak pihak termasuk kerajaan dan sektor swasta, akan aktif menyokong program budaya berimpak tinggi bagi mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya yang kukuh dan berdaya saing,” kata Syazwan.

Antara peserta jualan dari Sabah ialah Wilhelmina Avila Beda, (39) yang berasal dari Kanampung Ruminding, Inanam dan merupakan kali kedua menyertai acara tersebut. Dia memperkenalkan produk seperti sambal serta makanan tradisional masyarakat Sabah seperti Linopot dan banyak lagi.

Sementara itu peserta dari Sarawak Raffly Langi Anak Christopher James (33) dari Kampung Graji Atas, Betong telah mengangkat tradisi turun-temurun dan menjadikannya misi hidupnya: menghasilkan tuak, arak beras ikonik dari Sarawak. Selama beberapa generasi, keluarganya telah menguasai seni pembuatan tuak dan kini Raffly meneruskan legasi tersebut melalui jenamanya, Tuak Alus.

Ini tahun  ke tiga Raffly menyertai BNF dan amat memberikan peluang yang besar memperkenalkan produk dari Sarawak ke mata dunia.

“Ini memberi peluang kepada kami di dalam BNF dan rasa megah sebagai anak Sarawak dalam memperkenalkan warisan budaya tuak yang begitu bernilai kepada khalayak yang lebih luas,” kata Raffly.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here