Kota Kinabalu: Aktiviti pemburuan gajah Pygmy Borneo bagi mendapatkan gading di Lembangan Maliau menarik perhatian akhbar The New York Times yang mendedahkan kegiatan itu pada Disember lalu.
Daily Express menghubungi wartawan, Zunaira Saieed, yang mengesahkan beliau bersama seorang rakan pernah berada di Sabah bagi mendapatkan maklumat di lapangan selain menemui beberapa pihak berkaitan, termasuk pegawai hidupan liar Sabah.
NYT melaporkan 13 gajah dibunuh untuk gadingnya sejak Julai 2024, menurut renjer. Lima daripadanya dipenggal.
Bekas Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew mengesahkan terdapat enam kes seumpama itu pada 2024 dan satu kes tahun lalu. Tidak diketahui sama ada enam lagi kes tidak didedahkan kepada awam.
Advertisement






