Sat, 23 May 2026
Headlines:
Tindakan atasi risiko jalan gelap di Kota Kinabalu dan Penampang
Published on: Thursday, May 21, 2026
Published on: Thu, May 21, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Tindakan atasi risiko jalan gelap di Kota Kinabalu dan Penampang
KAKITANGAN JKR mengenal pasti lokasi berpotensi bagi pemasangan lampu jalan solar di Jalan Bongoon Kedondongan Ganang.
JABATAN Kerja Raya (JKR) sedang mengambil langkah bagi menangani isu keselamatan akibat kekurangan pencahayaan di sebahagian Jalan Bongoon Kedondongan Ganang susulan kemalangan seorang warga emas dilanggar ketika berjalan pada waktu malam.

Dalam masa sama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah membaik pulih lampu jalan di beberapa kawasan termasuk Jalan Kolam, Jalan Tuaran serta kawasan berhampiran pusat komersial Luyang yang sebelum ini dilaporkan gelap beberapa minggu.

Advertisement
Jurucakap JKR berkata pemasangan lampu jalan akan dilaksanakan di lokasi strategik sepanjang laluan 916.6 meter di Jalan Bongoon Kedondongan Ganang selepas peruntukan diperoleh.

SEORANG juruteknik melakukan  reset pada sistem dalam panel kawalan lampu di Jalan Kolam.“Pegawai kami telah melakukan pemeriksaan di bahagian laluan antara persimpangan berhampiran ITCC hingga ke kawasan menuju Taman Digot bagi mengenal pasti lokasi sesuai untuk pemasangan lampu jalan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya pihaknya dimaklumkan bahawa kemalangan melibatkan warga emas itu berlaku berhampiran simpang masuk ke kawasan perumahan tersebut.

Beliau berkata cadangan pemasangan lampu jalan jenis solar akan dikemukakan kepada pihak pengurusan tertinggi untuk pertimbangan lanjut.

Advertisement
“Pihak atasan akan menentukan kaedah terbaik untuk pelaksanaan projek ini,” katanya.

Sementara itu DBKK akan mempertingkatkan pemantauan terhadap sistem lampu awam di kawasan pentadbirannya.

Advertisement
Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata pemeriksaan telah dilakukan di beberapa jalan terjejas sebaik sahaja pihaknya dihubungi media.

Beliau menyatakan satu masalah pada panel kawalan menyebabkan lampu di sepanjang median kira-kira satu kilometer di Jalan Kolam — antara persimpangan Jalan Kebajikan dan Jalan Maktab Sabah — tidak berfungsi.

“Bekalan kuasa kepada lampu didapati terputus (tripped).

“Kami percaya gangguan ini mungkin berpunca daripada cuaca tidak menentu yang dialami Kota Kinabalu sejak awal bulan ini,” jelasnya.

Beliau berkata pihak kontraktor telah mengambil tindakan dengan menetapkan semula (reset) sistem pada panel kawalan berkenaan.

“Selepas itu pekerja turut menggunakan kenderaan boom (sky-master) untuk memeriksa semula sama ada mentol dan lampu jalan berada dalam keadaan baik,” ujarnya.

KENDERAAN skymaster digunakan untuk memeriksa keadaan lampu jalan di Jalan Tuaran.Tambahnya juruteknik juga telah menguji lampu tersebut bagi memastikan tahap pencahayaan jalan adalah mencukupi pada waktu malam.

“Mereka juga kembali pada waktu siang untuk memastikan pemasa (timer) bagi kemudahan lampu jalan itu berfungsi seperti sepatutnya,” katanya.

Bagi kes di Jalan Tuaran, jurucakap berkata lebih 10 lampu di pembahagi jalan antara kawasan Tanah Perkuburan Batu 5 dan lampu isyarat berhampiran Likas Plaza didapati tidak berfungsi selepas meter elektrik bagi kemudahan tersebut mengalami kerosakan.

Beliau berkata median jalan itu meliputi jarak kira-kira 978.3 meter.

“Kami sedang bekerjasama dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SE) untuk menyelesaikan masalah meter ini. 

“Pihak kami akan menindak lanjut perkara ini dengan syarikat berkenaan bagi memastikan bahagian Jalan Tuaran yang terjejas dapat diterangi semula secepat mungkin,” jelasnya.

Sementara itu bagi kawasan Damai Plaza, jurucakap berkata satu lagi pasukan juruteknik telah turun padang bagi membaiki mentol dan lampu jalan yang rosak di hadapan deretan kedai di Lorong Pokok Kayu Manis.

Ujarnya dua set komponen lampu berkenaan telah diganti dalam kerja-kerja pembaikan tersebut.

“Kerja pembaikan dilakukan di lokasi, dengan pekerja kontraktor turut menukar satu ballast 250-watt dan ignitor,” katanya.

Jurucakap menjelaskan bahawa “ballast” berfungsi mengawal arus elektrik ke lampu serta menyediakan voltan mencukupi untuk menghidupkan lampu jalan.

Sementara itu “ignitor” pula berfungsi sebagai pemula yang meningkatkan voltan awal bagi membolehkan lampu menyala, katanya.

Dalam pada itu DBKK berkata pihaknya memberi tumpuan utama terhadap keselamatan pengguna jalan raya di kawasan di bawah seliaannya di samping berusaha meningkatkan keselesaan pemandu.

Jurucakap berkata pihak kontraktor telah diarahkan supaya mempertingkatkan pemantauan terhadap jalan-jalan berkenaan bagi memastikan sistem pencahayaan berfungsi dengan baik pada waktu malam.

Ketika ditanya mengenai kekerapan penyelenggaraan lampu jalan, beliau berkata tiada jadual tetap ditetapkan.

“Semua kemudahan ini diselenggara apabila perlu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here