Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Perlu kepakaran pakar nilai emosi pelajar 
Published on: Thursday, December 04, 2025
Published on: Thu, Dec 04, 2025
Text Size:
Text:
Perlu kepakaran pakar nilai emosi pelajar 
Kota Kinabalu: Seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, tempat Allahyarham Zara Qairina Mahathir menuntut ilmu memaklumkan bahawa penilaian terhadap keadaan emosi seorang pelajar memerlukan kepakaran khusus seperti pakar psikiatri.

Muliati Alihudin yang menyambung keterangannya pada Rabu berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peguam Shahlan Jufri mengenai sama ada tangisan Zara selepas bertemu pelajar senior menunjukkan bahawa mangsa mengalami tekanan emosi.

Advertisement
Beliau turut mengesahkan bahawa bagi menentukan sama ada seseorang pelajar mengalami buli secara lisan pihak sekolah perlu mendapatkan khidmat pakar bagi menilai keadaan emosi mangsa.

Shahlan: Berdasarkan kenyataan bertulis pelajar bolehkah kita membuat kesimpulan bahawa Zara mengalami tekanan emosi semasa dan selepas pertemuan itu?

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Muliati: Saya tidak mempunyai kepakaran untuk menilai emosi pelajar.

Shahlan: Cikgu, menangis tidak menunjukan tekanan emosi?

Advertisement
Muliati: Kadangkala orang menangis kerana gembira… terdapat banyak sebab seseorang itu menangis.

Shahlan: Dalam kes Zara adakah beliau menangis kerana gembira?

Advertisement
Muliati: Saya tidak boleh menilai perkara itu.

Shahlan: Jika cikgu tidak boleh menilai, mengapa cikgu sebelum ini berkata “kadang-kadang orang menangis kerana gembira”?

Muliati: Emosi memerlukan penilaian oleh pakar.

Shahlan: Jadi cikgu benar-benar tidak boleh menilai emosi pelajar di sekolah sama ada mereka gembira, sedih, menangis atau sebaliknya?

Muliati: Ya.

Shahlan: Jika saya sedang marah dengan cikgu sekarang, bolehkah cikgu menilai emosi saya?

Muliati: Saya rasa emosi saya sendiri pun tidak boleh dinilai oleh orang lain.

Shahlan: Pemahaman saya bagi menentukan sama ada mangsa dibuli secara lisan pihak sekolah perlu memanggil pakar untuk menilai emosi mangsa. Betul cikgu?

Muliati: Betul.

Shahlan: Adakah perkara ini terkandung dalam SOP?

Muliati: Ya.

Apabila ditanya mengenai langkah drastik yang diambil pihak sekolah khususnya Unit Disiplin bagi mencegah kejadian sama berulang Muliati berkata pelbagai program telah dilaksanakan termasuk mengeluarkan amaran serta menjalankan pemantauan berkala bagi membendung salah laku disiplin.

Shahlan: Selepas insiden Zara, berlaku pula satu lagi kes buli di asrama pelajar lelaki. Mengapa seolah-olah tiada tindakan tegas diambil terhadap pelajar yang terlibat walaupun pelbagai program pencegahan telah dijalankan?

Muliati: Hanya sebilangan kecil pelajar yang terlibat. Kami mempunyai lebih 500 pelajar jadi apabila beberapa orang melakukan kesalahan itu tidak bermakna semua program tidak berkesan.

Intervensi hanya melibatkan sebahagian kecil pelajar. Kami telah menjalankan banyak program pencegahan namun pembentukan sahsiah pelajar tidak boleh diserahkan kepada pihak sekolah semata-mata. Ia memerlukan penglibatan masyarakat khususnya ibu bapa. Pihak sekolah telah melakukan yang terbaik.

Menjawab satu lagi soalan Shahlan berhubung tindakan terhadap seorang ketua dorm yang didakwa berkata kepada seorang pelajar “Saya akan pecahkan kepala kamu. Kamu akan jadi macam Zara juga,” Muliati berkata beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

Katanya satu mesyuarat perlu diadakan bagi menentukan tindakan disiplin yang sesuai dan ia tidak boleh diputuskan oleh seorang individu sahaja sambil menegaskan bahawa perbuatan ketua dorm itu adalah tidak wajar.

Prosiding inkues bersambung pada Khamis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here