SEMPORNA: Pertimbangan untuk mewujudkan mekanisme sokongan atau pelepasan khas kepada pengusaha pelancongan dilihat perlu bagi membantu mereka yang terjejas susulan kenaikan harga petrol serta pelaksanaan had pembelian minyak menggunakan tong di daerah ini.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna (Puspabumi), Madzafar Madzahala, berkata langkah itu penting khususnya bagi pengusaha yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan laut dalam operasi harian.
Beliau menjelaskan bekalan bahan api merupakan keperluan asas kepada pengusaha pelancongan bagi tujuan pengangkutan, pemindahan pelancong serta aktiviti seperti “island hopping” dan lain-lain.
Katanya, peningkatan harga minyak serta penetapan had pembelian memberi kesan langsung kepada pengusaha pelancongan termasuk peningkatan kos operasi selain menjejaskan perancangan logistik dan bekalan.
Advertisement





