Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
UMS tekankan nilai integriti elak rasuah
Published on: Tuesday, December 02, 2025
Published on: Tue, Dec 02, 2025
Text Size:
Text:
UMS tekankan nilai integriti elak rasuah
Kota Kinabalu: Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Tan Sri Azman Hashim menekankan bahawa isu rasuah yang semakin meruncing dalam negara perlu ditangani secara tegas melalui pembentukan nilai murni dan integriti dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan negara.

“Pencapaian akademik yang tinggi semata-mata tidak menjamin kemajuan sekiranya tidak disertai nilai kejujuran, akauntabiliti, disiplin dan rasa tanggungjawab.

Advertisement
“Ini kerana sesebuah negara hanya mampu berkembang apabila rakyatnya memiliki karakter yang seimbang dan beretika,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada hari kedua sempena Majlis Konvokesyen UMS kali ke-27 pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurut Azman budaya negatif kini semakin diterima sebagai kebiasaan yang melambangkan normalisasi perbuatan tidak bermoral dalam kehidupan seharian.

“Saya ingin menegur sikap segelintir pihak yang tanpa rasa malu menonjolkan kemewahan daripada kereta berjenama dan kediaman besar hinggalah percutian ke luar negara.

Advertisement
“Apabila rasuah menjadi amalan dalam sistem, kepercayaan rakyat akan hilang dan negara akan menghadapi kemerosotan berpanjangan,” tambahnya. 

Azman turut menekankan bahawa amalan “Zero Tolerance” yang tegas dapat melahirkan masyarakat dan kerajaan yang bersih. 

Advertisement
Justeru beliau menyeru agar pendekatan serupa diterapkan di semua peringkat meliputi institusi pendidikan, syarikat korporat, jabatan kerajaan dan komuniti bagi memastikan negara dapat keluar daripada budaya rasuah yang sudah lama membelenggu masyarakat. 

“Kita mesti berani berkata tidak kepada rasuah. Perbuatan salah tetap salah walau sekecil mana pun,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here