Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Mahasiswa UMS diingat waspada keadaan cuaca tidak menentu
Published on: Thursday, March 12, 2026
Published on: Thu, Mar 12, 2026
Text Size:
Text:
Mahasiswa UMS diingat waspada keadaan cuaca tidak menentu
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS),Datuk Kasim Mansor
Kota Kinabalu: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Kasim Mansor (gambar) mengingatkan mahasiswa universiti itu supaya sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, khususnya ketika mereka sedang menikmati cuti semester.

Beliau menasihatkan pelajar agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri, terutama dalam keadaan hujan lebat berterusan yang sedang melanda beberapa kawasan di Sabah.

Advertisement
“Elakkan sebarang aktiviti di kawasan berhampiran sungai, kawasan rendah yang mudah dinaiki air serta kawasan yang berisiko banjir.A

“Keadaan cuaca yang tidak menentu boleh meningkatkan risiko berlakunya banjir kilat, tanah runtuh serta gangguan perjalanan, sekali gus memerlukan pelajar untuk lebih berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti harian tidak kira di mana sahaja, termasuk di kampung halaman,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Untuk rekod, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada Isnin mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dari 10 Mac hingga 11 Mac.

Antara kawasan yang diramalkan terjejas termasuk Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Advertisement
Menurut ramalan tersebut, hujan berterusan itu berpotensi menyebabkan kejadian banjir kilat, kenaikan paras sungai serta gangguan perjalanan di kawasan yang terlibat.

Justeru, Kasim menasihatkan semua pelajar supaya sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri sepanjang cuti semester ini.

Advertisement
“Saya menggesa pelajar supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan keadaan cuaca dan mematuhi nasihat pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“Sila tangguhkan sebarang aktiviti luar yang berisiko, khususnya di kawasan berhampiran sungai atau lokasi yang berpotensi dilanda banjir,” katanya.

Kasim turut memberitahu bahawa pihak universiti sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar, khususnya mereka yang mungkin terjejas akibat bencana banjir atau keadaan cuaca buruk.

“Sekiranya terdapat pelajar yang terkesan akibat banjir atau menghadapi kesukaran kerana keadaan cuaca, sila hubungi pihak universiti melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP),” katanya.

Kasim berharap semua mahasiswa UMS sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini serta mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here