Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Inspektor polis bebas lapan tuduhan rasuah
Published on: Saturday, March 14, 2026
Published on: Sat, Mar 14, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Inspektor polis bebas lapan tuduhan rasuah
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang anggota polis berusia 47 tahun dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri daripada lapan pertuduhan menerima rasuah bulanan bagi melindungi perniagaan sebuah syarikat.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Inspektor Liffindy Ziubin.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama hingga kelapan Liffindy didakwa menerima sejumlah RM4,000 daripada seorang individu antara Disember 2020 hingga Oktober 2021 iaitu RM500 setiap bulan sebagai balasan untuk melindungi perniagaan syarikat tersebut.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan dikembalikan kepada Liffindy yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Dalam penghakimannya mahkamah antara lain memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen suapan sebagai dorongan atau ganjaran bagi melakukan atau tidak melakukan sesuatu berkaitan urusan tugas tertuduh.

Advertisement
Sehubungan itu mahkamah melepas dan membebaskan Liffindy daripada semua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri.

Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan memanggil sembilan saksi.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Wardah Ishhar manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here